wah mmg best la klau boleh kurus tanpa diet kan!lagi2 bila nampak makanan2 yang terhidang begitu menyelerakan!mmg takkan kemana diet2 kita tu kan..ok dekat sini saya nak share tip2 yang boleh di amalkan untuk tampil kurus..so sama2 kita amalkan .sharing is caring!saya pon baru nak try2 amalkan ni..
1) banyakkan mengunyah - korang tau kan kita disunatkan mengunyah 40 kali dalam satu suapan??mmg ada kebaikan dan hikmahnya bila kita berbuat demikian kerana dengan nya kita boleh mengurangkan jumlah serapan kalori pada makanan yang kita ambil tu.mengunyah yang lama juga baik untuk pencernaan kita so tak ada lagi sembelit mengganggu!!
2) jangan masak terlalu lama - makanan yang di masak terlalu lama akan menyebabkan hilangnya nutrisi dan zat2 makanan tersebut.ini menyebabkan kita cenderung untuk mengambil makanan sampingan yang lain.seeloknya makan lah makanan mentah seperti salad dan ulam-ulaman.
3) tidak melewatkan sarapan - ramai yang beranggapan bahawa dengan tidak mengambil atau melewatkan sarapan boleh menguruskan badan walhal sarapan adalah satu component yang sangat penting dalam penghasilan tenaga kita.dengan tidak mengambil sarapan kita akan lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari.ia boleh menyebabkan badan kita lemah dan mengantuk.
4) tumpuan pada makanan - jika kita makan sambil melakukan aktiviti lain,ia akan menyebabkan kita tidak sedar akan jumlah makanan yang kita ambil dan semestinya ia adalah berlebihan.sbb itulah orang tua2 melarang atau menegur kita makan sambil bercakap atau menonton tv.
5) buah dulu sebelum makan - sebelum makan makanan berat, kita dinasihatkan supaya makan buahan setidaknya 30 minit sebelum makan. ini kerana buah yang di makan akan dicernakan dengan cepat dan menyumbangkan tenaga kepada kita.so kita akan makan dengan jumlah yang sedikit.
6) makan sedikit tetapi kerap - sebaiknya kita perlu mengambil makanan lima hingga 6 kali sehari..banyakkan??tetapi dalam jumlah kuantiti yang sedikit.pengambilan makanan yang kerap adalah untuk menjaga metabolisme badan kita agar dpat bekerja lebih dari biasa dan berterusan sepanjang hari.
7) jangan lebih lapan jam - waktu yang sebaiknya untuk mengambil hidangan malam adalah di antara jam 6-jam 7.paling lewat pon pada jam 8 tetapi ingat!jangan melebihi jam 8.jika kita merasa lapar juga, elakkan mengambil makanan tetapi ambillah minuman seperti teh dan kopi.untuk elakkan kita makan malam,boleh juga dengan cara menggosok gigi.ini kerana pabila sudah menggosok gigi, kita akan merasa malas untuk mencemarinya dengan bau dan sisa makanan.
Tweet
tips yang sangat berguna :)
BalasPadamtak boleh kot, mesti kena jaga makan jugak kalau nak kurus
BalasPadamnaima tula pasal diet sambil amalkan tips diatas boleh la kot :)
BalasPadambatrisya thanks :)
BalasPadamjom sama2 amalkan :)
Patut lah diet ke laut. hehehe. Selalu skip sarapan. haihh apa nak jadi eme nih -..-
BalasPadamTerima kasih share. Baru tau penting sarapan ;)
Jemput singgah : Rasa sakit ditinggalkan !
sama2..samalah kita selalu skip sarapan heeee :)
Padamok nak p jenjalan ke blog eme plak :)
Assalamualaikum dan salam singgah petang...cadangan dan topik yang menarik...sama2 lah kita mengamalkannya...
BalasPadamwsslm..salam petang :)
Padaminsya'allah sama2 kita amalkan :)