Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku | shahida rahim blog

Selasa, 28 Januari 2014

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku

assalamu'alaikum
http://www.nurinaizzati.com/2014/01/giveaway-world-hijab-day-by-cahaya.html 

kepentingan hijab kepada wanita

hijab pada dasarnya ramai wanita memandang remeh terhadap pemakaian hijab.mungkin menurut mereka memakai hijab ini adalah kolot,dan terdapat juga yang memakai hijab akan tetapi tidak mematuhi syarat wajib berhijab itu sendiri.salah satunya seperti memakai hijab/tudung yang menampakkan bahagian atas yang tidak sepatutnya atau lebih mudah untuk dikatakan ialah memakai hijab/tudung yang terlalu pendek.ada juga segelintir wanita hanya memakai turban sahaja dan menampakkan leher mereka.tahukah anda bahawa memakai hijab adalah wajib terhadap wanita islam??seperti yang difirman Allah SWT
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya." (An-Nur: 31)  


pentingnya hijab kepada wanita
     untuk menahan diri dari maksiat seperti firman Allah SWT
“wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri  orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.” ( Al-Ahzab: 59)
     hijab itu melambangkan kesucian
Allah SWT menyifatkan bahawa hijab adalah simbol kesucian bagi hati orang-orang mu'min, lelaki mahupun perempuan. kerana hijab boleh menghancurkan keinginan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya
     hijab adalah pelindung
hijab boleh melindungi kita dari sebarang fitnah dan dosa.dengan berhijab segala kejahatan boleh dielakkan.selain itu berhijab juga boleh melindung kita dari panas terik mentari.sama2 lah kita berhijab dan menambahkan pahala berhijab.
     hijab itu iman
hijab melambangkan iman seseorang.jika kita seorang islam wajiblah terhadap kita memakai hiijab dan menutup aurat.dan seperti diriwayatkan oleh Aisyah r.a. kepada wanita2 dari bani Tamim yang menemui beliau dengan pakaian yang nipis,beliau berkata : "Jika kalian wanita- wanita beriman, maka (ketahuilah) bahwa ini bukanlah pakaian wanita- wanita beriman, dan jika kalian bukan wanita beriman, maka silahkan nikmati pakaian itu." 
 jangan berlebihan semasa berhijab,cukuplah dengan menutupi bahagian dada kita.kerana ia akan menimbulkan fitnah.

jadi wanita diluar sana,renung2kanlah!hijab itu adalah wajib dan penting kepada wanita islam.sama2 lah kita berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik.

p/s: pesanan untuk diri sendiri juga!

hadiah yang saya nak 
Shawl 
Hadiah tajaan syarikat N’s Asia Enterprise
Tudung bawal

6 ulasan:

  1. Terima kasih kerana menyokong. Semoga berjaya. ^^

    BalasPadam
  2. singgah dr segmen yang sama...
    good luck tau..

    http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2014/01/giveaway-world-hijab-day-by-cahaya.html

    BalasPadam
  3. Goodnight hehheehhe xD
    Qila blogwalking jap before tidur ni hiks.

    Betul :D Qila setuju sangat sangat.
    Support giveaway hijab day ni hiks. <3
    Harap kita dua menang lah ihihi.
    Blog qila hehe

    BalasPadam

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim