resepi chicken chop with butter rice | shahida rahim blog

Khamis, 17 Julai 2014

resepi chicken chop with butter rice


assalamu'alaikum..ada bloggers yang request resepi chicken chop with butter rice so harini ida nak bagi resepinya..so simple je..jom salin resepinya..


resepi chicken chop


ayam bahagian dada - potong butterfly -  ikut suka pon takpe
garam
tepung goreng ayam - ida guna brand adabi yang spicy tak pon boleh letak tepung jagung dan tepung beras
telor
bread crumbs
minyak
cara-cara
perapkan ayam dengan garam + tepung goreng ayam dalam 15 minit
celop ayam dengan telor dan selaputi ayam dengan bread crumbs dan goreng - deep fry

resepi sos black paper


2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum sebiji bawang besar(potong dadu) sebiji tomato (potong dadu) seketul kiub ayam 2 cawan air sedikit kicap pekat sedikit sos cili/sos tomato garam dan gula secukup rasa 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera * tepung jagung(standby)



cara-cara

cairkan butter dengan api kecil. apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. masukkan kiub ayam dan kacau. masukkan air tadi dan kacau. tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). kacau hingga sebati. tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.  masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. kacau hingga menggelegak. jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat, apabila sejuk sos akan lebih likat.


resepi butter rice


beras
air
halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih - di hiris
2 sudu butter/mentega
garam
daun pandan

cara-cara

basuh beras dan masak macam biasa
tumis halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih yang dihiris dengan mentega/butter
masukkan tumisan bawang dan garam dalam beras tadi dan kacau
masukkan daun pandan
*caranya sama dengan masak nasi untuk nasi ayam

resepi kentang wedges


4biji kentang
garam
tepung goreng ayam
bread crumbs
telor

cara-cara


kentang potongkan baji/wedges
perapkan garam dan tepung goreng ayam
celop kentang dengan telor dan selaputi kentang dengan bread crumbs dan goreng 


resepi coslow


setengah biji kobis
carrot
*sos salad/mayonis
*garam
*gula
*cuka
*susu tepung*ida tak letak sebab adik2 tak suka

cara

parut/hiris halus kobis dan carrot
dah siap masukkan dalam bekas tambah yang bertanda * diatas dan kacau rata
letak dalam peti ais 


senang je kan??jom cuba buat untuk buka puasa harini!




14 ulasan:

  1. Thanks for sharing ida...boleh buat menu raya jugak ni kan...

    BalasPadam
  2. Wahhhh~sedap..nanti nak try juga la guna resipi ni*telan liur*

    BalasPadam
  3. ni yg best ni...dah ada resepi dah...nnti leh umi try...tq ye :D

    BalasPadam
  4. alahaii sedapnya chicken chop..:)

    BalasPadam
  5. macam kenal je blogger tu..maceh syg ssh pyh update..nnti syira try tau <3

    BalasPadam
  6. tahnks share resipi....akak mohon share kt fb akak ye

    BalasPadam

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim