resepi semperit susu ber"peanut butter" | shahida rahim blog

Khamis, 24 Julai 2014

resepi semperit susu ber"peanut butter"



semperit susu ber"peanut butter" ni ida buat semalam..comel tak semperit kita???hihi..biskut ni ida upgrade sikit dari semperit susu biasa..upgrade apanya??ida ada tambah peanut butter kat dalam adunan semperit susu tadi..waaah memang terangkat lah..seriously sedap!tak percaya??jom la buat baru tahu sedap ke tidak..

resepi semperit susu ber"peanut butter"


Bahan-bahan
  • 250gm buttercup
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 460gm tepung jagung (ayak dahulu)
  • 3 sudu besar peanut butter
  • pewarna merah@warna kesukaan anda
  • ceri/choc chip untuk hiasan

Cara-cara 

  1. pukul butter & susu hingga sebati. jangan terlalu lama nanti mengembang pula
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.
  3. bahagikan doh kepada dua adunan, 1 adunan letak pewarna kegemaran anda.
  4. cantumkan kedua2 adunan dan tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.
  5. bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.
senang sangat je resepinya..jom la cuba try test! ida dapat 2 bekas kot..memang berbaloi buat sendiri ni..


p/s malam ni misi membuat biskut lagi tapi buntu nak buat biskut apa..hehe..nak buat biskut sarang semut kot..nanti ida share kat sini lagi ye..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim