assalamu'alaikum
*sumber google
siapa yang tak nak nampak cantik di dalam gambar kan..jika kena dengan caranya kita boleh nampak cantik didalam gambar,dan pastinya lensa2 si jurukamera akan tertancap kepada kita je.
ok kat sini saya nak kongsikan 10 tips untuk kelihatan cantik di dalam gambar.
1) kemeriahan rona pakaian - warna,corak, dan kesesuaian pakaian adalah element yang sangat penting untuk menarik perhatian ramai.tidak semestinya kita berpakaian ketat ataupun seksi.dengan warna sudah memadai untuk membayangkan keanggunan kita.so kena pandai bermain dengan warna,mismatch kan pakaian kita supaya tidak terlalu sarat dengan pelbagai warna.dengan ini bukan sahaja menarik perhatian lensa2 kamera bahkan setiap mata yang memandang pastinya tidak akan berkelip memandang kita.oleh itu kenalah pandai memilih pakaian yang sesuai dengan kita supaya kelihatan cantik di dalam gambar
2) keceriaan warna wajah - untuk mendapatkan keyakinan dalam bergambar, gunakan warna-warna yang ceria dalam solekan pada wajah kita, dan tutup lah segala cela yang ada pada wajah.untuk menaikkan lagi seri di wajah, apa kata kita oleskan lipstik atau lipgloss,atau pelembab yang berkilat untuk mendapatkan bibir yang cantik dan menawan.
3) bergayalah - untuk mendapatkan potongan badan yang menawan atau slim di dalam gambar kita perlulah pusing sedikit badan dan serlahkan bahagian pinggang untuk mendapatkan ilusi ramping.pastinya gambar kita akan lebih menarik.
4) wajah bebas minyak - wajah yang berminyak akan menganggu kecantikan pada gambar.so pandai2lah kita hapuskan minyak di wajah sebelum bergambar.akan tetapi untuk memperlihatkan keruncingan dagu, kita boleh biarkan sedikit kilauan pada dagu itu.
5) say"cheese" - jangan biarkan diri sepi tanpa senyuman di wajah. say 'cheese' untuk menaikkan seri pada wajah ..ia boleh menghidupkan lagi gambar kita.jom ramai2 say 'cheese'
6) sembunyikan dagu berlapis - masalah utama yang di hadapi oleh rata2 wanita.mesti tidak cantik bila bergambar dan terserlahnya dagu yang berlapis kan..so apa yang kita perlu buat adalah dengan kedepankan sedikit muka kita apabila gambar diambil.jadi tidak kelihatan lah double chin kita tu.
7) senja nan indah - scene yang paling menarik untuk menangkap gambar adalah pada waktu senja.perasankah kamu sinaran matahari senja yang kekuningan itu,sangat indah bukan.pada waktu itulah pabila bergambar ia akan menyerlahkan lagi warna wajah kita dan menutupi sembab pada wajah kita.
8) yakin - untuk mendapatkan gambar yang semula jadi dan menarik,kita perlulah yakin semasa bergambar dan tidak kekok.
9) serlahkan diri kamu - jangan sesekali berasa janggal bila berhadapan dengan kamera.luahkan rasa hati dengan pelbagai reaksi wajah dan gaya.boleh juga beraksi comel.barulah gambar kita ceria dan hidup!
10) beri bahagian wajah yang menarik - setiap orang mempunyai reaksi wajah yang berbeza.bergambarlah dengan bahagian wajah yang anda rasa menarik dan cantik.carilah dan tampilkan bahagian wajah tersebut untuk menyerlahkan lagi kejelitaan wajah kita.
p/s : jom lah bergambar!jadikan gambar kita cantik untuk kenangan anak cucu cicit kita nanti ^^
pssstt klau dah gila camera xkisah pon gambar cantik ke tidak yg penting gmbar kita harus ada..
Tweet
pssstt klau dah gila camera xkisah pon gambar cantik ke tidak yg penting gmbar kita harus ada..
waa...macehhh ^_^
BalasPadamsama2..sama2 lah kita amalkan ^^
Padamwah...ada tips menarik. heee..tq ! :)
BalasPadamsama2 :)
Padam