shahida rahim blog: Ogos 2014

Rabu, 27 Ogos 2014

samosa daging




samosa daging ni dah 4 kali buat dalam bulan ni..hihi..untuk mkn petang tadi..jemput jamu mata ye...


p/s takde idea nk up entry..hohoho makin lama makin malas..haishhh..






Sabtu, 23 Ogos 2014

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41



dapat undangan lagi dari SPA.kali ni dapat undangan untuk memasuki PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41. yang akan berlangsung pada 06/09/2014 nanti..haritu undangan exam 0n9 PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27! yang haritu punya pon belom tahu keputusan lagi..daah la susah dan xdan masa..yang gred w41 mestilah lagi susah!haishhh..kena study lebih lagi la jawapnya!

ada yang dapat jugak tak??meh la share2 tips!kali ni spa ada menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41. dan Semua calon digalakkan menyertai kursus ini dengan mendaftar melalui pautan aduan.spa.gov.my/SPAOutreach/W41.php bermula pada 22 Ogos 2014. em2..nak pergi ke tak ni???sbb jauh kot!kat tmpat ida ni public transport susah sikit..haishh..tawakal jelah..klau ada rezeki adala kan3...hihi


p/s doakan ida dapat jawap tau!




Isnin, 18 Ogos 2014

The Three Musketeers (korean drama)

The Three Musketeers


kyaaaa ada yong hwa lah.jom tengok!



sinopsis

Berdasarkan cerita asal  pada tahun 1844 oleh Alexandre Dumas, drama Korea terbaru memaparkan sejarah korea  dinasti Chosun   iaitu era pengembara oleh Seo Yoon (Seo Hyun Jin), Heo Seung Po (Yang Dong Geun) dan An Min Seo (Jung Hae in) - yang akhirnya menjadi pengawal pahlawan diraja untuk Putera Mahkota so Hyeon (Lee Jin Wook). Park Dal Hyang (Jung Yong Hwa), seorang pemuda yang membuat persediaan untuk peperiksaan tentera, menjalani masa yang sukar untuk diterima oleh kumpulan itu. Bolehkah ketiga-tiga mereka melindungi Putera Mahkota dari bahaya? "The Three Musketeers" adalah  siri drama sejarah 2014 Korea Selatan yang diarahkan oleh Kim Byung Soo. Drama ini akan terdiri daripada tiga siri (musim), dengan setiap siri mempunyai 12 episod.

Main Cast



Lee Jin Wook as Crown Prince So Hyun
Yang Dong Geun as Heo Seung Po

Jung Hae In as Ahn Min Seo
Jung Yong Hwa as Park Dal Hyang
 *gambar sumber dari google!

p/s boice sila tengok!




Isnin, 11 Ogos 2014

popia pisang bersama sos coklat




haritu ida buat popia ayam goreng kan??pastu ada blogger yang suggest buat popia pisang pulak..katanya sedap!waaa memang sedap pon!walaupon hanya makanan ringkas je tp sedap!lagi2 dicicah dengan sos coklat..memang asyiiiiik la..hehe

ok sampai disini jela..sejak kebelakangan ni rasa cam malas je nak update blog!dah la tak selalu update..haishhh..bilala nak rajin ni..ok chow dulu..byeeee.

Jumaat, 8 Ogos 2014

resepi popia ayam goreng



makan ni je untuk dinner malam ni..sedap!hihi..rasanya ala2 prawn/chicken roll secret receipt tau!jom la cuba buat..gerenti akan buat lagi..jom tengok resepi dekat bawah..kacang je buatnya sebelah mata pon siap!

resepi popia ayam goreng


bahan-bahan



  • kulit popia
  • ayam bahagian dada - potong kecil2*boleh juga ditukar dengan prawn
  • carrot - diparut panjang2/kiub pon boleh
  • sengkuang - dipotong kiub halus
  • sohoon
  • daun bawang - hiris 
  • bawang putih - 3ulas
  • bawang besar - di hiris
  • garam secukupnya


cara-cara


  • tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai naik bau
  • masukkan ayam dan goreng lagi
  • masukkan sengkuang+carrot, kacau sebati 
  • masukkan sohoon tadi goreng sampai masak
  • lastly masukkan daun bawang.siap!
  • jangan lupa perasakan dengan garam ye!



  • kemudian balutkan la bahan2 tadi dengan kulit popia..dan goreng!simple as that..selamat mencuba!









Rabu, 6 Ogos 2014

It's Okay, It's Love



semalam ida ada review korean drama jugak kan???semalam review pasal the night watchman.harini ida nak cerita pasal korean drama yang menggantikan You're All Surrounded iaitu it's Okay, It’s Love!drama ni pon best jugak!ada pelakon dari the master's sun!

sinopsis

Cinta boleh bercambah dari tempat-tempat yang paling tidak dijangka dan walaupon dalam fikiran yang paling sesak. Jang Jae yeol (Jo in Sung) adalah penulis novel misteri terkenal dan DJ radio popular  dengan personaliti yang berduri. Selepas berjumpa dengan pakar psikiatri Ji Hae Soo (Gong Hyo Jin) dalam talk show yang Menyelidiki tentang minda-minda jenayah, mereka telah berselisih pendapat. Tetapi apabila teman wanita Jae yeol telah meniru hasil kerja nya, telah memaksa jae yeol untuk bersembunyi daripada wartawan-wartawan berakhir dan dia sehingga dia dapat membuktikan dia tidak bersalah, dalam pada itu,dia tidak disangka-sangka menjadi rakan serumah Hae Soo . Jae yeol berpindah ke sebuah rumah yang dipunyainya yang disewa oleh Hae Soo; Jo Dong Min (Sung Dong Il), seorang ahli psikiatri  dan rakan sekerja Hae Soo; dan Park Gwang Soo (Lee Kwang Soo), seorang lelaki muda dengan sindrom Tourette. Jae yeol dan Hae Soo mempunyai personaliti yang berbeza dan juga mempunyai sindrome yang berbeza, dapatkah mereka membantu satu sama lain dan sembuh daripada parut yg mereka hadapi??? "It's Okay, It's Love" adalah 2014 Korea Selatan siri drama yang diarahkan oleh Kim Kyu Tae.


main cast




Jo In Sung as Jang Jae Yul

Gong Hyo Jin as Ji Hae Soo

Lee Kwang Soo as Park Soo Kwang

Sung Dong Il as Jo Dong Min

D.O exo
*sumber gambar di atas adalah dari google!

kalau nak tengok kwang soo si pembelot berlakon jadi seorang yang mempunyai sindrom tourette dan si cute D.O dari exo kena la tengok drama ni huhuhu..


p/s jom lah tunggu apalagi!




Selasa, 5 Ogos 2014

The Night Watchman (korean drama)






wah ada drama baru lagi..drama ni menggantikan drama triangle!best tau jom la tonton sekali!ida review drama yang ida tengok best je tau!yang mana ida tak review tu ida tak tertarik la tu nak tengok..hehehe..ida kalau tengok drama korea ni selalu tengok pelakon2 dia dulu kalau yang hensem dan cantik pastu tambah2 lagi yang ida minat conform akan melekat sampai habis drama tersebut..korang pulak camana???jom baca sinopsis The Night Watchman! dulu..


sinopsis

drama ini mengisahkan seorang putera yang Mampu untuk melihat hantu dan roh-roh ghaib yang lain adalah menjadi  satu tanggungjawab yang berat kepada Putera Lee Rin (Jung Il Woo), seperti bapanya juga yang mempunyai keupayaan untuk melihat hantu dan makhluk ghaib yang lain. Berbekalkan kebolehan barunya, Lee Rin menjadi ketua kumpulan penjaga malam yang membuat rondaan di jalan-jalan dari senja ke subuh untuk melindungi rakyat dari Dinasti Chosun daripada roh-roh jahat. Moo Seok (Jung Yun Ho) adalah pemain pedang yang terbaik di negeri itu yang merupakan pengawal kepercayaan putera, akan Tetapi kesetiaan mereka  diuji apabila kedua-dua mereka telah jatuh cinta dengan wanita yang sama - Do Ha (Go Sung Hee), pengganti dari suku Ma Go yang memerlukan mereka membantu untuk melindungi spirit gunung Baek Do ini. Tetapi Park Soo Ryun (Seo Ye Ji), anak perempuan seorang pegawai mahkamah, tidak akan berhenti berusaha untuk mengahwini  Putera Lee Rin. "The Night Watchman," juga dikenali sebagai "Diary of a night Watchman," adalah  siri drama sejarah 2014 Korea Selatan yang diarahkan oleh Lee Joo Hwan.

pelakon



Jung Il Woo as Lee Rin


Jung Yoon Ho as Moo Suk

Go Sung Hee as Do Ha



*sumber gambar adalah dari google!



p/s jom lah tengok!



Isnin, 4 Ogos 2014

exam 0n9 PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27

                                                      sape yang ada dapat tawaran ni??

nervous rasanya ni..esok dah weiii...wish me luck tau!
ida sebenarnya tak tahu nak study apa ni..jom la kongsi2 korang study apa je untuk exam ni??ida study apa yang patut je ni..harap2 boleh jawab esok..ida tengok sikit2 pasal taxation nasib baik dulu ada ambik subjek taxation..tapi xtau lah masuk ke tidak esok..yg penting usaha kan.



ha ni je yang di study nya xtau la esok camana..harap2 ada lah rezeki nya..


p/s jom share tip2 untuk esok!wish me luck ^_^