resepi nasi air+begedil | shahida rahim blog

Isnin, 28 April 2014

resepi nasi air+begedil

assalamu'alaikum

hai2..tadi ada yang request resepi nasi air dan begedil kan..ok untuk cik mah dan amoi dan untuk korang2 yang lain..jom tengok resepi dan cara nak buat ok!

resepi 

nasi air


bahan2 untuk nasi

beras *ida sukat pakai 1 tin laici
air secukupnya

cara2

basuh beras macam biasa dan letak air secukupnya..ida masak dalam rice cooker je..letak beras 1 tin laici dan air letak sampai max*tapi hati2 ye nanti time menggelegak tu air akan melimpah so korang bukak penutup rice cooker tu tau sambil kacau2*ida lepas buka penutup xtutup dah sebabnye klau kita tutup ia akan melimpah lagi so biarkan je terbuka smpai masak.


bahan2 sup

halia,bawang puteh,bawang merah*dimayang
perencah sup adabi*yg serbuk
ayam
bebola 
kiub ayam
air 
perasa

cara2

  • rebus ayam sampai lembut
  • dah lembut keluarkan ayam*nanti ayam ni boleh goreng dan racikkan ia
  • tumis halia,bawang puteh,bawang merah dan serbuk sup adabi tadi,dah naik bau kasi letak dalam sup tadi
  • letak bebola kiub ayam dan perasakan.
  • dah menggelegak tutup api.


sambal kicap

bahan2 

kicap
cili padi
bawang puteh*ida letak bawang puteh yang dah digoreng lg sedap!
asam limau
garam

cara2

  • blendkan je semua*kalau nak sedap lg masak dan tambah sos tiram sikit

begedil

bahan2

kentang 6 biji
ayam yang dihiris halus
bawang goreng
telor 2 biji


cara2

  • kupas kentang dan potong dadu..letakkan garam dan kunyit pastu gorengkan
  • ayam letak garam dan goreng 
  • dah siap goreng2 tumbuk ayam dan kentang sampai lumat*tak lumat pon xpe
  • letakkan dalam bekas dan tambah bawang goreng dan 1 biji telor
  • bulat2 kan dan tekan sikit biar jadi leper
  • celop telur dan gorengkan.
*nak sedap lagi tambah cili,daun bawang,daun sup

tersangat mudahkan!untuk aksesorinye ida letak lobak masin,serbuk lada,ayam racik,telur masin,ikan bilis,bawang goreng,dan bawang puteh goreng..lagilah mantap!selamat mencuba ye kawan2!


1 ulasan:

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim