assalamu'alaikum..ada bloggers yang request resepi
chicken chop with butter rice so harini ida nak bagi resepinya..so simple je..jom salin resepinya..
resepi chicken chop
ayam bahagian dada - potong butterfly - ikut suka pon takpe
garam
tepung goreng ayam - ida guna brand adabi yang spicy tak pon boleh letak tepung jagung dan tepung beras
telor
bread crumbs
minyak
cara-cara
perapkan ayam dengan garam + tepung goreng ayam dalam 15 minit
celop ayam dengan telor dan selaputi ayam dengan bread crumbs dan goreng - deep fry
resepi sos black paper
2
sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
* tepung jagung(standby)
cara-cara
cairkan butter dengan api kecil.
apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
masukkan kiub ayam dan kacau.
masukkan air tadi dan kacau. tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau
tidak). kacau hingga sebati.
tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.
masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. kacau hingga
menggelegak.
jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air
sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat, apabila sejuk sos akan lebih
likat.
resepi butter rice
beras
air
halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih - di hiris
2 sudu butter/mentega
garam
daun pandan
cara-cara
basuh beras dan masak macam biasa
tumis halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih yang dihiris dengan mentega/butter
masukkan tumisan bawang dan garam dalam beras tadi dan kacau
masukkan daun pandan
*caranya sama dengan masak nasi untuk nasi ayam
resepi kentang wedges
4biji kentang
garam
tepung goreng ayam
bread crumbs
telor
cara-cara
kentang potongkan baji/wedges
perapkan garam dan tepung goreng ayam
celop kentang dengan telor dan selaputi kentang dengan bread crumbs dan goreng
resepi coslow
setengah biji kobis
carrot
*sos salad/mayonis
*garam
*gula
*cuka
*susu tepung*ida tak letak sebab adik2 tak suka
cara
parut/hiris halus kobis dan carrot
dah siap masukkan dalam bekas tambah yang bertanda * diatas dan kacau rata
letak dalam peti ais
senang je kan??jom cuba buat untuk buka puasa harini!