my personal diary,product reviews,beauty,tips&tricks,Give Away Addict,friendship.
Rabu, 9 Julai 2014
stress..jom atasinya!
stress..jom atasinya!
jangan biarkan diri kita selalu dibelengu stress/tekanan yang berpanjangan. siapa yang yang tak nak hidup tanpa stress kan???dekat sini ida nak kongsi beberapa cara yang boleh hilangkan stress dengan cepat.so kita boleh hidup tenang,bahagia,dan sihat.
berjalan kaki - nikmati udara yang segar dengan berjalan kaki. di syorkan berjalan pada waktu awal pagi kerana pada waktu itu tiada asap-asap dari kenderaan bermotor. so dengan sendirinya tekanan hilang dengan menghirupnya udara yang nyaman dan segar
membaca - cari buku bacaan kegemaran anda. atau membaca buku-buku yang berunsurkan komedi, ataupon habiskan waktu anda dengan menghabiskan masa di kedai-kedai buku. dengan membaca, tekanan/stress hilang kerana perasaan kita sudah teralih kepada buku
lagu penenang jiwa - muzik menjadi ubat penenang di saat anda menghadapi stress. belilah cd yang di khaskan untuk menenangkan jiwa. seperti muzik dari piano ataupon biola. ini kerana alunan muzik tersebut boleh menenangkan hati,jiwa,dan perasaan.
tidur - disarankan tidur 7-8 jam setiap malam dapat ,menghilangkan stress yang melanda diri anda. jika nak tidur dengan lena dan tenang cubalah mendengar lagu-lagu mendamaikan sebelum anda tidur
mainan - anda boleh mencuba pelbagai jenis permainan kegemaran anda. seperti bola, dam ular, saidina, dan sebagainya.dengan bermain permainan itu, boleh menghilangkan stress yang melanda.di syorkan bermain dengan family atau teman rapat barulah tekanan lenyap dan anda dapat menikmati masa bersama tersayang
bermain dengan anak atau kanak-kanak - tidak ada cara yang lebih menyeronokkan dari bermain dengan anak atau kanak-kanak.selain dapat membantu anda mengimbas zaman kanak-kanak anda, anda juga dapat merasa kembali menjadi anak-anak dan seterusnya melupakan tanggung jawap dan masalah yang dihadapi. so tekanan diatasi
p/s ida kalau stress suka dengar lagu takpun makan coklat..korang pulak macam mana???jom kongsi-kongsi dengan ida ^_^
stress ni klau dibiarkan bhaya jgak, thank 4 sharing..:)
BalasPadamno 4 tu mmg slalu buat
BalasPadam