fated to love you
drama korean terbaru fated to love you menggantikan drama A new leaf. drama ini adalah remake kepada drama taiwan yang popular pada tahun 2008 dengan tajuk drama yang sama. baru airing 2 episod daripada 20 episod. ida tengok dekat dramafire.com. kalau korang nak tengok yang taiwan punye pon ada dekat dramafire.com tu.ida tak nak tengok lagi yang taiwan takut nanti dah spoil tak best la kan. dah habis tengok yang korean version baru tengok yang Taiwanese version pulak.tapi kalau korang nak tengok jugak klik sini korean dan sini taiwan
fated to love you Korean version |
sinopsis
minum alcohol terlalu banyak boleh mengubah segala-galanya. Lee Gun (Jang Hyuk) adalah pengganti/waris kepada sebuah syarikat besar yang dikendalikan oleh keluarganya. Kim Mi Young (Jang Na Ra) adalah Setiausaha yang mempunyai rupa paras yang biasa/plain bekerja di sebuah firma guaman dikenali sebagai "Post-It" girl kerana ketidak mampuannya untuk mengatakan tidak kepada rakan-rakannya yang memberi pelbagai kerja kepadanya personal ataupon pejabat. Apabila kedua-duanya melintasi satu malam selepas terlalu banyak minum, mereka akhirnya bermalam bersama/one night stand. selepas itu mereka bersetuju untuk melupakan perkara yang terjadi dan membawa haluan masing-masing. dan bila Mi Young mendapati dirinya hamil, apa yang akan terjadi kepada mereka berdua?? Dan apa akan Nam Se Ra (Wang Ji Won) dan Daniel (Choi Jin Hyuk) lakukan??? ataupon mereka berdua hanya berdiam diri dan membiarkan Gun dan Mi Young menangani masalah ini dengan cara mereka sendiri?saksikan dalam drama fated to love you!
Main Cast:
Jang Hyuk as Lee Gun |
Jang Na Ra as Kim Mi Young |
Choi Jin Hyuk as Daniel |
Wang Ji Won as Kang Se Ra |
*gambar sumber dari google
p/s jom tengok best tau!bleh letak dalam list jugak :)
Pelakon dia hensem2, comel2.. macam best jeeee cerita ni.. Bosan2 ni bolehla layan korea
BalasPadamComel dan encem pelakonnya...mana la tak terjebak tgknya hehehee...jap lg nk tgk lah :)
BalasPadamcomel2 pelakon2 dia
BalasPadamgenre apa ni dear ?
kalau romantic comedy momoy suka sgt
kalau serius tu malas nak tgk
hehe
romantic comedy dear :)
Padam