resepi red velvet cookies | shahida rahim blog

Rabu, 23 Julai 2014

resepi red velvet cookies

raya dah xlama dah weii..sedih ramadhan bakal berakhir..korang2 dah siap ke semua persiapan untuk raya??baju raya dah beli??biskut raya tunjuk2 ke buat sendiri??hihi..ida buat sendiri je biskut raya..baru 4 jenis biskut raya ida buat..huhu buntu tak tahu nak buat biskut apa lagi..korang share2 la resepi biskut apa yang sedap!

semalam ada buat red velvet cookies. 1st time buat nasib baik menjadi!alhamdulillah dapat la satu balang setengah..tu pon dah banyak adik2 makan..haishh belom raya dah makan biskut raya..



ni resepinya..senang je nak buatnya..resepi ida ambik dekat google dan dah diubah mengikut kesesuaian bahan2 yang ada..


Resepi Red Velvet Cookies


Bahan-bahan(300 biji)

A

400 gm mentega

200 gm gula kastor

20 gm pewarna merah

10 gm mocca emulco

1/4 sdk garam


B

2 biji telur A


C

475 gm tepung gandum

2 sdk serbuk penaik

2 sdk serbuk soda

50 gm tepung susu

200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm almond - dicincang kasar dan bakar 5 minit

200 gm dark coklat cip


Cara-caranya:-


  1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
  2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
  4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

p/s selamat mencuba ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim