GIVEAWAY DOUBLE STEMCELL by CALL ME ZAI | shahida rahim blog

Jumaat, 14 Mac 2014

GIVEAWAY DOUBLE STEMCELL by CALL ME ZAI


http://callmezai.blogspot.com/2014/03/giveaway-double-stemcell-by-call-me-zai.html 

Tarikh Tutup 31 March 2014

mengenai double stemcell

Double Stemcell adalah hasil teknologi PhytoCellTec Malus Domestica, iaitu berasaskan sel stem tumbuhan untuk perlindungan dan pembaharuan sel stem manusia. Tujuan utama adalah untuk membantu sistem sel tubuh agar berupaya meningkatkan aktiviti pembaharuan atau penghasilan semula menggantikan sel tubuh yang telah rosak akibat kecederaan dan faktor usia.

kelebihan/kebaikan
  • Anti-oksida yang mampu mencegah penyakit kanser. Menghalang sel dalam badan dari mengalami kerosakan dan mencegah bahan radikal bebas yang merbahaya.
  • Berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi. Mengandungi bahan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
  • Sel Stem buah mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru. Berupaya melambatkan proses penuaan.
  • Mengandungi sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya untuk membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).
  • Bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan.
  • Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat serta penghasilan kolagen secara semulajadi
  • Berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.
  • Menjadikan kulit lebih lembut, tegang dan sihat dari dalam.
 Kandungan Utama Double Stem Cell 


PhytoCellTec™ MalusDomestica - selinduk daripada buah epal 
Uttwiler Spatlauber adalah nama pokok epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun ke 18 mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama daripada jenis-jenis lain, pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Satu pasukan sains di Mibelle Biochemistry membuktikan bahawa dengan tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec™ dapat memberi inspirasi kepada banyak sel-sel stem manusia yang menakjubkan sehingga 80% adalah formula rahsia yang kaya dan terkenal.

Epal ini tidak sama seperti yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai, ia mengandungi antioksidan yang tinggi, jika buah epal ini jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan dan juga jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepat. Antara mereka yang telah menggunakan teknologi Sel Stem Epal dalam penjagaan kesihatan mereka seperti Michelle Obama, Jennifer Lopez dan Helen Mirren.

PhytoCellTec™ Solar Vitis - selinduk daripada buah anggur  

Picture
PhytoCellTec TM Solar Vitis - selinduk daripada buah anggur

Stem Cell daripada anggur Gamay Teniturier Freaux. Gamay ialah  sejenis anggur dari daerah Burgundy, Perancis. Ia Mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV. Ia merangsangkan pembaruan yang berterusan dan memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dan gebu. Aktiviti sel stem kulit adalah factor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis kedua-dua melindungi dan mengekalkan aktiviti sel stem epidermis - walaupun dalam kes-kes tekanan yang disebabkan oleh UV.

Acai berry

Picture
Dianggap sebagai beri kecantikan dari Amazon. Acai adalah padat dengan sebatian yang membuat badan terasa dan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding dengan kebanyakan buah beri. Ia mempunyai 5 kali antioksidan ginkgo dan 33 kali antioksidan wain merah. Bahkan ia bukan sahaja antioksidan, beri kecil ini juga padat dengan asid lemak omega, asid amino, mineral semulajadi serta Vitamin A, B1 dan E.

Dari sudut pandangan kesihatan, kelebihan Acai adalah amat mengkagumkan, antaranya:
  • Berat badan - meningkatkan metabolism dan menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang banyak. 
  • Tenaga yang berpanjangan - berehat dengan lebih baik, bangun dengan lebih segar. 
  • Melancarkan peredaran darah, tumpuan dan ingatan - boleh meningkatkan peredaran darah ke otak supaya mampu beroperasi dengan lebih berkesan di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental. 
  • Kulit yang lebih berseri - sebatian yang unik dan antioksidan menjadikan kulit dengan lebih muda dan segar. Merendahkan kolesterol, menguatkan jantung.

Buah Blueberry

Picture Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk anti penuaan, kencing manis, keletihan mata, menengangkan serviks/ payu dara, perlindungan sistem jantung, peningkatan selera makan, peningkatan daya ingatan, menyokong saluran darah, mengelak daripada jangkitan saluran air kencing dan juga pengurangan kolestrol dalam badan.

Buah yang tumbuh dimusim panas di Amerika Utara ini tumbuh secara liar seperti semak samun tetapi banyak sekali khasiat yang terkandung didalamnya. Selain buahnya, daun dan akar juga amat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Banyak dihasilkan dalam bentuk serbuk teh!

jom layan video ni

4 ulasan:

  1. wow... hebat... ade gaya boleh menang ne...hehehe... btw, tq for join... Insyallah result dia 1hb/4 ne tau.. stay tune... =)

    BalasPadam
  2. GUD LUCK FOR UR CONTEST...... Tumpang Lalu ~
    (^_^) ANDA DI TAG!!! SPECIAL GIVEAWAY {HADIAH - handphone MOTOROLA GOLD EDITION}

    http://www.tinynasweet.blogspot.com/2014/03/gitarboyz-aka-ninjaboyz-special-giveaway.html

    BalasPadam

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim