kurus dengan CILI | shahida rahim blog

Sabtu, 1 Februari 2014

kurus dengan CILI


betul ke boleh kurus dengan cili???mesti persoalan ni bermain difikiran anda kan??tahukah anda bahawa semua jenis cili mempunyai khasiatnya yang tersendiri??dan ianya sangat baik untuk tubuh??
seperti yang semua tahu,cili adalah bersifat panas dan ia mengandungi kapsaisin,dihidrokapsaisin,vitamin A dan C, dan karotena.
kebaikan mengambil cili dalam menu diet adalah berkaitan dengan masalah kegemukan.selain itu,ia juga baik untuk peredaran darah dan mengatasi masalah sakit tekak. bagusnya cili ialah ia mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel darah dari bergumpal dan seterusnya dapat mengelakkan dari masalah darah beku.

jom kenali jenis2 CILI



cili merah - juga dikenali sebagai cili masak mempunyai kebaikan yang banyak setanding dengan saiznya.nama saintifiknya capsicum annuum.ia bersifat stimulan yang merangsang selera makan seseorang.ia juga merupakan perangsang kulit dan dimasukkan dalam ubatan terutamanya ubat gosok.yang paling penting,ia mengandungi mineral seperti fosfur,zat besi,kalium,kalsium dan niasin yang dapat membantu sitem penghadaman kita.


cili padi - menjadi tanaman asli Amerika yang kaya dengan khasiat.cili padi adalah lebih pedas dari cili merah sehingga kan orang ramai menggelar nya cili api.ia mempunyai rangsangan kuat untuk fungsi jantung dan aliran darah.cili padi ni mengandungi solanin,solamidin,solamargin,steroid, dan anti biotik yang dapat membantu perjalanan sistem kawalan tubuh kita dan ia juga amat baik untuk aktiviti perkumuhan kita. berita baik untuk orang yang berdiet,kerana cili padi baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan kita. yang paling penting cili padi boleh membantu mengatasi masalah kesuburan dan ia melambatkan proses penuaan dan kedutan di wajah!



lada benggala - sejenis lada yang paling enak!ramai yang mengemarinya kerana kemanisan dan ke 'juicy' nya dan boleh dimakan mentah2.seperti yang kita tahu,lada benggala ni mempunyai  warna hijau,merah dan kuning.ia adalah sama dengan cili2 yang lain,mempunyai vitamin A dan C,zat besi,kalsium,sodium,dan fosforus.ia juga membantu dalam masalah kegemukan.



p/s: cili boleh meningkatkan kadar metabolisme badan.akan tetapi mestilah bersenam juga kerana tanpa senaman,cili tidak dapat membantu kita kurus!!
cili juga tidak membantu kita kurus jika ia dicampurkan dengan makanan berlemak!

2 ulasan:

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim