novel seram! | shahida rahim blog

Selasa, 25 Februari 2014

novel seram!


assalamu'alaikum

lama rasanya tidak ber update blog ni..sekarang ni memang agak busy dengan macam2 hal..malam ni baru rasa rilex dan boleh lah ber update blog ni..
korang penah tak baca novel seram???penah tak lepas baca novel tu tetiba rasa lain macam je..seram semacam..penah tak???
hehehe..dah lama dah saya baca novel ni tajuk dia fiksyen 302..korang penah baca tak??ditulis oleh novelis thriller no. 1 malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid..memang tersangat seram sampaikan lepas baca novel ni saya tak boleh tido!siyes!asyik terpikir pasal scenes dalam novel tu..gila lah tido pon tak off lampu dan semestinya tido dalam selimut..huhu..memang seram!




 haaa..nilah novelnya..'Jangan Percaya'

 
jom layan sinopsis nya..

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.


pada yang blom baca tu boleh la baca novel ni..best tapi seram..hoho..

 

9 ulasan:

  1. Zumal minat novel bercorak fiksyen :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita..tapi dah hbs baca mmg rasa ketakutan pulak..hehe..

      Padam
  2. seram ke. nyesal pulak beli

    btw jom bca entri saya. Kot2 kita ada masalah yang sma

    http://anisninja.blogspot.com/2014/02/hang-ada-kelemahan-dan-aku-dah-nampak.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. seramlah bg yg penakut macam saya ni..tapi tak nyesal beli sbb mmg best novel ni :)

      Padam
  3. waahh.. Novel Ramlee Awang Murshid... saya dah lengkapkan koleksi Laksamana Sunan

    BalasPadam
    Balasan
    1. jarang baca novel karya ramlee awang murshid ni..wah bestnye banyak koleksi :)

      Padam
  4. Saya suka baca novel Ramlee Awang Murshid. Pada saya Fiksyen 302 ni tak seram. Dah 2 kali baca. Hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi yang penakut macam saya ni dah cukup seram tu..huhu

      Padam
  5. ala ..... aq dh ade novel ni pun ....

    BalasPadam

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim