assalamu'alaikum
hai korang!semalam tak berupdate so hari ni kena la update sikit2..heeee..bukan ida malas nak update tapi xde idea nak menulis..bhahaha..macam lah ramai yg baca entry ko ni ida hoooii!xpe2 tak ramai orang baca pon kena update jugak kan??xnak lah nanti minat berblog ni berkubur macam tu je..hihi
amboiii sakan tengok tajuk entry ida harini..hahaha memang kelakar lah pulak..gara2 teringin nak makan tiramisu la ni..2 hari lepas dah buat cream cheese kan..petang tadi buat lady finger pulak..rajin tak ida???hihi kalau tak rajin tak merasa lah apa yang dikehendaki tu..kang kempunan meleleh air liur cacing dalam perut ni haihh..bukannye senang nak carik benda2 camni dekat kelantan ni..haishhh!
tapikan ida pon tak tau la nape biskut lady finger yg ida buat ni ketot2 dan bam2..huishh ikut tuan yang buat ke hape!huhu..korang tengok la sendiri..jangan gelak ok nanti!
sila gelak!
hahaha tengok memang lebar2 tu yang adik2 duk cakap apsal ko punye biskut ni lebar2??macam bahulu pon ada jugak!alahaiii..xpela 1st try buat..alhamdulillah menjadi jugak..dan dah selamat jadik tiramisu dah petang tadi!nanti tengok tiramisu di next entry ye!
jom ida kongsikan resepi lady bam2 ni ye!
Bahan-bahan :
Lady Fingers
resepi asal daripada
http://dayangjack.blogspot.com/2011/01/lady-fingers-span-jejari.htmlBahan-bahan :
• 4 biji telur (diasingkan kuning dan putihnya)
• 100 g tepung gandum (diayak)
• 100 g gula kastor (bahagi dua)
• 1/2 sk krim tartar - optional
• 1 sk esen vanilla
• gula aising secukupnya utk saduran
Cara-cara :
1. Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan baking paper.
2. Untuk kuning telur : Satukan dgn 50g gula dan esen vanilla di dlm mangkuk pengadun. Putar hingga pucat dan gebu. Ketepikan.
3. Untuk meringue : Putar putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan krim tartar. Putar lagi hingga kental dan bertanduk.
4. Satukan meringue tadi bersama adunan kuning telur dan sebatikan dgn cara kaup balik. Masukkan tepung dan kaupbalikkan lagi hingga sebati.
5. Kemudian paipkan atau sudukan seperti jejari di atas dulang pembakar lebih kurang 7cm panjangnya. Boleh dibuat tebal atau nipis. Ikutlah selera sendiri.
6. Taburkan/ayakkan gula aising di atasnya dan bakarlah selama 15 minit.
p/s thanks dekat
dayang jack/dj sebab berkongsi resepi mudah ini ^_^
jom lah buat lady finger ni senang, mudah tambah2 lg halal dan murah!