shahida rahim blog: 2014

Rabu, 27 Ogos 2014

samosa daging




samosa daging ni dah 4 kali buat dalam bulan ni..hihi..untuk mkn petang tadi..jemput jamu mata ye...


p/s takde idea nk up entry..hohoho makin lama makin malas..haishhh..






Sabtu, 23 Ogos 2014

PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41



dapat undangan lagi dari SPA.kali ni dapat undangan untuk memasuki PEPERIKSAAN ONLINE PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41. yang akan berlangsung pada 06/09/2014 nanti..haritu undangan exam 0n9 PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27! yang haritu punya pon belom tahu keputusan lagi..daah la susah dan xdan masa..yang gred w41 mestilah lagi susah!haishhh..kena study lebih lagi la jawapnya!

ada yang dapat jugak tak??meh la share2 tips!kali ni spa ada menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41. dan Semua calon digalakkan menyertai kursus ini dengan mendaftar melalui pautan aduan.spa.gov.my/SPAOutreach/W41.php bermula pada 22 Ogos 2014. em2..nak pergi ke tak ni???sbb jauh kot!kat tmpat ida ni public transport susah sikit..haishh..tawakal jelah..klau ada rezeki adala kan3...hihi


p/s doakan ida dapat jawap tau!




Isnin, 18 Ogos 2014

The Three Musketeers (korean drama)

The Three Musketeers


kyaaaa ada yong hwa lah.jom tengok!



sinopsis

Berdasarkan cerita asal  pada tahun 1844 oleh Alexandre Dumas, drama Korea terbaru memaparkan sejarah korea  dinasti Chosun   iaitu era pengembara oleh Seo Yoon (Seo Hyun Jin), Heo Seung Po (Yang Dong Geun) dan An Min Seo (Jung Hae in) - yang akhirnya menjadi pengawal pahlawan diraja untuk Putera Mahkota so Hyeon (Lee Jin Wook). Park Dal Hyang (Jung Yong Hwa), seorang pemuda yang membuat persediaan untuk peperiksaan tentera, menjalani masa yang sukar untuk diterima oleh kumpulan itu. Bolehkah ketiga-tiga mereka melindungi Putera Mahkota dari bahaya? "The Three Musketeers" adalah  siri drama sejarah 2014 Korea Selatan yang diarahkan oleh Kim Byung Soo. Drama ini akan terdiri daripada tiga siri (musim), dengan setiap siri mempunyai 12 episod.

Main Cast



Lee Jin Wook as Crown Prince So Hyun
Yang Dong Geun as Heo Seung Po

Jung Hae In as Ahn Min Seo
Jung Yong Hwa as Park Dal Hyang
 *gambar sumber dari google!

p/s boice sila tengok!




Isnin, 11 Ogos 2014

popia pisang bersama sos coklat




haritu ida buat popia ayam goreng kan??pastu ada blogger yang suggest buat popia pisang pulak..katanya sedap!waaa memang sedap pon!walaupon hanya makanan ringkas je tp sedap!lagi2 dicicah dengan sos coklat..memang asyiiiiik la..hehe

ok sampai disini jela..sejak kebelakangan ni rasa cam malas je nak update blog!dah la tak selalu update..haishhh..bilala nak rajin ni..ok chow dulu..byeeee.

Jumaat, 8 Ogos 2014

resepi popia ayam goreng



makan ni je untuk dinner malam ni..sedap!hihi..rasanya ala2 prawn/chicken roll secret receipt tau!jom la cuba buat..gerenti akan buat lagi..jom tengok resepi dekat bawah..kacang je buatnya sebelah mata pon siap!

resepi popia ayam goreng


bahan-bahan



  • kulit popia
  • ayam bahagian dada - potong kecil2*boleh juga ditukar dengan prawn
  • carrot - diparut panjang2/kiub pon boleh
  • sengkuang - dipotong kiub halus
  • sohoon
  • daun bawang - hiris 
  • bawang putih - 3ulas
  • bawang besar - di hiris
  • garam secukupnya


cara-cara


  • tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai naik bau
  • masukkan ayam dan goreng lagi
  • masukkan sengkuang+carrot, kacau sebati 
  • masukkan sohoon tadi goreng sampai masak
  • lastly masukkan daun bawang.siap!
  • jangan lupa perasakan dengan garam ye!



  • kemudian balutkan la bahan2 tadi dengan kulit popia..dan goreng!simple as that..selamat mencuba!









Rabu, 6 Ogos 2014

It's Okay, It's Love



semalam ida ada review korean drama jugak kan???semalam review pasal the night watchman.harini ida nak cerita pasal korean drama yang menggantikan You're All Surrounded iaitu it's Okay, It’s Love!drama ni pon best jugak!ada pelakon dari the master's sun!

sinopsis

Cinta boleh bercambah dari tempat-tempat yang paling tidak dijangka dan walaupon dalam fikiran yang paling sesak. Jang Jae yeol (Jo in Sung) adalah penulis novel misteri terkenal dan DJ radio popular  dengan personaliti yang berduri. Selepas berjumpa dengan pakar psikiatri Ji Hae Soo (Gong Hyo Jin) dalam talk show yang Menyelidiki tentang minda-minda jenayah, mereka telah berselisih pendapat. Tetapi apabila teman wanita Jae yeol telah meniru hasil kerja nya, telah memaksa jae yeol untuk bersembunyi daripada wartawan-wartawan berakhir dan dia sehingga dia dapat membuktikan dia tidak bersalah, dalam pada itu,dia tidak disangka-sangka menjadi rakan serumah Hae Soo . Jae yeol berpindah ke sebuah rumah yang dipunyainya yang disewa oleh Hae Soo; Jo Dong Min (Sung Dong Il), seorang ahli psikiatri  dan rakan sekerja Hae Soo; dan Park Gwang Soo (Lee Kwang Soo), seorang lelaki muda dengan sindrom Tourette. Jae yeol dan Hae Soo mempunyai personaliti yang berbeza dan juga mempunyai sindrome yang berbeza, dapatkah mereka membantu satu sama lain dan sembuh daripada parut yg mereka hadapi??? "It's Okay, It's Love" adalah 2014 Korea Selatan siri drama yang diarahkan oleh Kim Kyu Tae.


main cast




Jo In Sung as Jang Jae Yul

Gong Hyo Jin as Ji Hae Soo

Lee Kwang Soo as Park Soo Kwang

Sung Dong Il as Jo Dong Min

D.O exo
*sumber gambar di atas adalah dari google!

kalau nak tengok kwang soo si pembelot berlakon jadi seorang yang mempunyai sindrom tourette dan si cute D.O dari exo kena la tengok drama ni huhuhu..


p/s jom lah tunggu apalagi!




Selasa, 5 Ogos 2014

The Night Watchman (korean drama)






wah ada drama baru lagi..drama ni menggantikan drama triangle!best tau jom la tonton sekali!ida review drama yang ida tengok best je tau!yang mana ida tak review tu ida tak tertarik la tu nak tengok..hehehe..ida kalau tengok drama korea ni selalu tengok pelakon2 dia dulu kalau yang hensem dan cantik pastu tambah2 lagi yang ida minat conform akan melekat sampai habis drama tersebut..korang pulak camana???jom baca sinopsis The Night Watchman! dulu..


sinopsis

drama ini mengisahkan seorang putera yang Mampu untuk melihat hantu dan roh-roh ghaib yang lain adalah menjadi  satu tanggungjawab yang berat kepada Putera Lee Rin (Jung Il Woo), seperti bapanya juga yang mempunyai keupayaan untuk melihat hantu dan makhluk ghaib yang lain. Berbekalkan kebolehan barunya, Lee Rin menjadi ketua kumpulan penjaga malam yang membuat rondaan di jalan-jalan dari senja ke subuh untuk melindungi rakyat dari Dinasti Chosun daripada roh-roh jahat. Moo Seok (Jung Yun Ho) adalah pemain pedang yang terbaik di negeri itu yang merupakan pengawal kepercayaan putera, akan Tetapi kesetiaan mereka  diuji apabila kedua-dua mereka telah jatuh cinta dengan wanita yang sama - Do Ha (Go Sung Hee), pengganti dari suku Ma Go yang memerlukan mereka membantu untuk melindungi spirit gunung Baek Do ini. Tetapi Park Soo Ryun (Seo Ye Ji), anak perempuan seorang pegawai mahkamah, tidak akan berhenti berusaha untuk mengahwini  Putera Lee Rin. "The Night Watchman," juga dikenali sebagai "Diary of a night Watchman," adalah  siri drama sejarah 2014 Korea Selatan yang diarahkan oleh Lee Joo Hwan.

pelakon



Jung Il Woo as Lee Rin


Jung Yoon Ho as Moo Suk

Go Sung Hee as Do Ha



*sumber gambar adalah dari google!



p/s jom lah tengok!



Isnin, 4 Ogos 2014

exam 0n9 PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED W27

                                                      sape yang ada dapat tawaran ni??

nervous rasanya ni..esok dah weiii...wish me luck tau!
ida sebenarnya tak tahu nak study apa ni..jom la kongsi2 korang study apa je untuk exam ni??ida study apa yang patut je ni..harap2 boleh jawab esok..ida tengok sikit2 pasal taxation nasib baik dulu ada ambik subjek taxation..tapi xtau lah masuk ke tidak esok..yg penting usaha kan.



ha ni je yang di study nya xtau la esok camana..harap2 ada lah rezeki nya..


p/s jom share tip2 untuk esok!wish me luck ^_^


Sabtu, 26 Julai 2014

CPUV muncul lagi!



wah CPUV muncul lagi..alhamdulillah CPUV tak pernah tak muncul dekat blog ida ni..tq nuffnang!

  • Umobile prepaid free meal - topup RM30@RM50 dekat 7E terpilih untuk mendapatkan Revive Isotonic Original 500ml dan Mamee Express Cup Curry Flavour secara percuma!



nak tahu lebih lanjut klik SINI


  • waku doki campaign


  • mayfair body line - free slimming treatment. nak try klik SINI



  • invest smart campaign - nak tahu lebih lanjut klik SINI







p/s tolong klik2 iklan yang sedang menari2 dekat blog ida ye ^_^



Khamis, 24 Julai 2014

resepi semperit susu ber"peanut butter"



semperit susu ber"peanut butter" ni ida buat semalam..comel tak semperit kita???hihi..biskut ni ida upgrade sikit dari semperit susu biasa..upgrade apanya??ida ada tambah peanut butter kat dalam adunan semperit susu tadi..waaah memang terangkat lah..seriously sedap!tak percaya??jom la buat baru tahu sedap ke tidak..

resepi semperit susu ber"peanut butter"


Bahan-bahan
  • 250gm buttercup
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 460gm tepung jagung (ayak dahulu)
  • 3 sudu besar peanut butter
  • pewarna merah@warna kesukaan anda
  • ceri/choc chip untuk hiasan

Cara-cara 

  1. pukul butter & susu hingga sebati. jangan terlalu lama nanti mengembang pula
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.
  3. bahagikan doh kepada dua adunan, 1 adunan letak pewarna kegemaran anda.
  4. cantumkan kedua2 adunan dan tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.
  5. bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.
senang sangat je resepinya..jom la cuba try test! ida dapat 2 bekas kot..memang berbaloi buat sendiri ni..


p/s malam ni misi membuat biskut lagi tapi buntu nak buat biskut apa..hehe..nak buat biskut sarang semut kot..nanti ida share kat sini lagi ye..




Rabu, 23 Julai 2014

resepi red velvet cookies

raya dah xlama dah weii..sedih ramadhan bakal berakhir..korang2 dah siap ke semua persiapan untuk raya??baju raya dah beli??biskut raya tunjuk2 ke buat sendiri??hihi..ida buat sendiri je biskut raya..baru 4 jenis biskut raya ida buat..huhu buntu tak tahu nak buat biskut apa lagi..korang share2 la resepi biskut apa yang sedap!

semalam ada buat red velvet cookies. 1st time buat nasib baik menjadi!alhamdulillah dapat la satu balang setengah..tu pon dah banyak adik2 makan..haishh belom raya dah makan biskut raya..



ni resepinya..senang je nak buatnya..resepi ida ambik dekat google dan dah diubah mengikut kesesuaian bahan2 yang ada..


Resepi Red Velvet Cookies


Bahan-bahan(300 biji)

A

400 gm mentega

200 gm gula kastor

20 gm pewarna merah

10 gm mocca emulco

1/4 sdk garam


B

2 biji telur A


C

475 gm tepung gandum

2 sdk serbuk penaik

2 sdk serbuk soda

50 gm tepung susu

200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm almond - dicincang kasar dan bakar 5 minit

200 gm dark coklat cip


Cara-caranya:-


  1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
  2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
  4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

p/s selamat mencuba ye!

Ahad, 20 Julai 2014

keyword #8

 dah lama sangat ida tak update keyword kan?oleh kerana dah lama tak berupdate keyword nya so harini tetiba terajin pulak nak update..


macam biasalah penangan korean drama doctor stranger menjadi pencarian utama di blog ida ni..hihi..
ok ni link ke entry doctor stranger klik SINI

selain daripada tu korean drama You're surrounded dan bigman pon menjadi salah satu pencarian popular dekat blog ni. untuk memudahkan ni link you're surrounded klik SINI. walaupon drama ni dah habis pon ceritanya tapi still ada yang mencari lagi..hihi..untuk Bigman klik SINI.

hotel king pon sama juga tak pernah takde orang search..Klik SINI ye..

ha ni pulak testimoni clinicell dari ida sendiri klik SINI. alhamdulillah time consume clinicell ni memang best muka licin je pastu ida turun 4 kg kot!bila la nak ada peluang consume clinicell ni lagi..
untuk mendapatkan produk ni anda boleh hubungi/layari

keyword yang lain2 gambar seo kang joon, foto wanita indonesia, marriange without dating




Sabtu, 19 Julai 2014

shopping at ZALORA


jom shopping dekat ZALORA!masih tak terlambat lagi nak shopping on9!ZALORA merupakan sebuah syarikat peruncitan fesyen dalam talian, yang beroperasi di seluruh Tenggara dan Timur Asia: 

MALAYSIA - SINGAPURA - Indonesia - VIETNAM - HONG KONG - BRUNEI

ZALORA merupakan one stop destination untuk fesyen dan kasut , ZALORA menawarkan pelbagai produk di dalam kategori lain, memenuhi cita rasa individu dan gaya. Produk diterima daripada kedua-dua tempatan dan pereka antarabangsa 

ZALORA MALAYSIA adalah sebuah pemimpin pasaran dalam sektor fesyen runcit dalam talian di negara ini, jadi anda tidak perlu gusar untuk membeli di ZALORA kerana ternyata ZALORA amat popular di kalangan pembeli-pembeli di MALAYSIA - SINGAPURA - Indonesia - VIETNAM - HONG KONG - BRUNEI. 

bukan sahaja footwear yang ada dekat ZALORA ni tapi macam-macam lagi seperti traditional wears, bags, fashion wears, accessories,  makeups dan berbagai lagi.

jom shopping sekarang!dekat sini ada voucher untuk anda code ZBAPSbQ. nak shopping guna voucher ni tau!


p/s jom usha ZALORA 

code ZBAPSbQ


Khamis, 17 Julai 2014

resepi chicken chop with butter rice


assalamu'alaikum..ada bloggers yang request resepi chicken chop with butter rice so harini ida nak bagi resepinya..so simple je..jom salin resepinya..


resepi chicken chop


ayam bahagian dada - potong butterfly -  ikut suka pon takpe
garam
tepung goreng ayam - ida guna brand adabi yang spicy tak pon boleh letak tepung jagung dan tepung beras
telor
bread crumbs
minyak
cara-cara
perapkan ayam dengan garam + tepung goreng ayam dalam 15 minit
celop ayam dengan telor dan selaputi ayam dengan bread crumbs dan goreng - deep fry

resepi sos black paper


2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum sebiji bawang besar(potong dadu) sebiji tomato (potong dadu) seketul kiub ayam 2 cawan air sedikit kicap pekat sedikit sos cili/sos tomato garam dan gula secukup rasa 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera * tepung jagung(standby)



cara-cara

cairkan butter dengan api kecil. apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. masukkan kiub ayam dan kacau. masukkan air tadi dan kacau. tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). kacau hingga sebati. tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.  masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. kacau hingga menggelegak. jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat, apabila sejuk sos akan lebih likat.


resepi butter rice


beras
air
halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih - di hiris
2 sudu butter/mentega
garam
daun pandan

cara-cara

basuh beras dan masak macam biasa
tumis halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih yang dihiris dengan mentega/butter
masukkan tumisan bawang dan garam dalam beras tadi dan kacau
masukkan daun pandan
*caranya sama dengan masak nasi untuk nasi ayam

resepi kentang wedges


4biji kentang
garam
tepung goreng ayam
bread crumbs
telor

cara-cara


kentang potongkan baji/wedges
perapkan garam dan tepung goreng ayam
celop kentang dengan telor dan selaputi kentang dengan bread crumbs dan goreng 


resepi coslow


setengah biji kobis
carrot
*sos salad/mayonis
*garam
*gula
*cuka
*susu tepung*ida tak letak sebab adik2 tak suka

cara

parut/hiris halus kobis dan carrot
dah siap masukkan dalam bekas tambah yang bertanda * diatas dan kacau rata
letak dalam peti ais 


senang je kan??jom cuba buat untuk buka puasa harini!




Rabu, 16 Julai 2014

menu berbuka : chicken chop with butter rice





menu berbuka tadi..tetiba nak makan chicken chop..tu yang merajinkan diri buat sendiri tu..kalau nak beli macam tak berbaloi je dengan ahli keluarga yang ramai ni..so kena buat sendiri baru la best!korang pulak berbuka dengan apa? ?

simple je pon chicken chop with butter rice yang ida buat ni..hihi ala kadar je asalkan kenyang..ada potato wedges, tomato dan coslow je tu pon adik2 makan bertambah. sos nya ida buat sos black pepper..hihi..alhamdulillah kenyang.

jom la try buat memang senang sangat la..


p/s kalau nak resepi request tau nanti ida buat entry lain..



Ahad, 13 Julai 2014

High School: Love On (korean drama)

High School: Love On

sinopsis

Bolehkah malaikat penjaga  hidup seperti remaja biasa dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah tinggi? Lee Seul Bi (Kim Sae Ron) adalah malaikat yang dihantar ke Bumi untuk menjaga Shin Woo Hyun (Nam Woo Hyun), yang tinggal dengan neneknya dan shin woo hyun terluka kerana dibuang oleh ibu bapanya. Walaupun sikapnya dingin, Woo Hyun sangat popular di sekolah kerana ketampanannya dan pandai menyanyi. Apabila rakan baiknya, Hwang Sung yeol (Lee Seong yeol), mendapati rahsia yang mengikat Shin Woo Hyun dan Lee Seul Bi bersama-sama dan dia juga mempunyai perasaan untuk Seul Bi, yang menyamar sebagai seorang pelajar  di sekolah mereka, teman karib telah menjadi pesaing. Bolehkah Seul Bi hidup bersama cinta pertamanya dan menghadapi pelbagai cabaran??? dan bolehkah seul bi melindungi Woo Hyun??saksikan dalam drama High School: Love On 



Main Cast:



Nam Woo Hyun as Shin Woo Hyun (18)
Kim Sae Ron as Lee Seul Bi

Lee Sung Yeol as Hwang Sung Yul (18)

 peminat infinite ada tak????yang minat mesti tahu kan sape yg berlakon drama ni..hihi
p/s jom tengok!

Sabtu, 12 Julai 2014

jom shopping ZALORA!


jooom shopping!ada tak yang belom shopping baju raya lagi???ada tak yang busy sampai tak sempat lagi nak shopping???ada tak??tak pun ada tak yang malas nak keluar shopping sebab kena berasak2 ramai2??hihi mesti ada kan??so kalau korang nak senang jom lah serbu ZALORA ni!dekat ZALORA ada macam-macam tau dari atas hinggalah ke bawah cukup complete..tunggu korang pilih je..huhu ida pon belom lagi ber shopping raya ni..tengah usha nak shop online je..shop dekat zalora pon best jugak ni!baju kurang lawa-lawa la. kalau pakai pasti gojes!


ZALORA tengah offer sekarang ni tau..semua murah-murah je..free shipping pulak tu..sapa yang tak nak kan...ida tengah usha baju-baju kurung..dah rambang mata ni..semua cantik-cantik..tengok-tengok harga mak aiii murah nya..ada baju kurung yang ber harga RM48 tau!waaah teruja ni..bukan brand calang-calang pulak tu..jenama first lady kot!

 

so tunggu apa lagi jom lah shopping!huhu..kalau nak shop on9 kena cepat-cepat tau nanti kang barang sampai lambat pulak. kang tak ber baju raya pula nanti. 

 

antara baju kurung yang ada dekat ZALORA ni..sure rambang mata wehh..













*gambar dari ZALORA

cantik-cantik kan????ida pon dah pening nak pilih yang mana satu..korang yang mana belom shopping raya lagi tu jom lah shop dekat ZALORA ni..ha ni peluang untuk korang-korang yang baru 1st time nak membeli dekat ZALORA ni..ida ada voucher code untuk korang! paling kurang boleh cut harga dalam RM20 lebih kalau guna voucher ni..hihi

 CODE VOUCHER ZBAPSbQ

tunggu apa lagi jooom lah shopping dekat ZALORA!