assalamu'alaikum
jom buat ayam buttermilk..resepi request by ena!
resepi ayam buttermilk
bahan-bahan
ayam dipotong kecik-kecil
bahan perapan
garam
tepung beras
tepung jagung
serbuk kunyit
telur sebiji
cara-cara
perap ayam dengan garam
masukkan tepung beras,tepung jagung,serbuk kunyit dan gaulkan
masukkan telur gaulkan rata.
*bahan2 tu agak2 je letak.kalau xde tepung beras boleh guna tepung gandum tapi kalau guna tepung beras lagi sedap sebab sangat rangup ayam tu nanti!
last sekali gorengkan ayam tu smpai masak.
bahan-bahan buttermilk
bawang putih 3 ulas dihiris
bawang besar sebiji dihiris
daun kari
4 sudu besar margerin/butter
lada hitam*ditumbuk
setengah tin susu cair*kalau nak berkuah letak 1 tin
1 keping cheese*ida tambah sedikit mozarella cheese lagi lemak
sedikit perasa
cara-cara
panaskan 4 sudu margerin dan tumis bawang putih + bawang besar sampai naik bau
masukkan daun kari, lada hitam kacau rata
masukkan susu cair,cheese dan perasa
dah menggelegak masukkan ayam goreng tadi kacau rata dan siap!
p/s simple sangat je kan??jom buat untuk lunch harini!
laa.. senang sgt ni... boleh lah nk cuba nnt.. hihihi...
BalasPadamWah sedap tu. Leh try ni masak time puasa. hehehe :)
BalasPadamSalam kenal..
BalasPadamWah cam best nih, bahan dan cara pun nmpk mudah, leh try nih...tq sharing resepi ye :))