shahida rahim blog: Oktober 2013

Khamis, 31 Oktober 2013

10 lemak tersembunyi!



hai korang!sya nk tnye ni korang tahu tak tentang jumlah lemak yang kita ambil seharian????ha tak tahu??tahu??ok2 jom  terus baca pada yang tak tahu lagi pasal ni kita sama2 take note ok!sharing is caring kan!sama2 lah kita amalkan bnda nih. pada yang dah tahu tu sila diam ok beri penambahan ape yang kurang ok.

ok straight to the point yang mengungguli carta teratas
  1. kekacang                                                                                                                                                iaitu yang paling tinggi kandungan lemaknye. sape suka makan kacang angkat tngan!1 2 3 4 oh ramai jugak yg suka kekacang nih sama la dengan sya -,-..menurut sumber yang dipercayai kekacang ni walaupon ia bebas kolesterol dan mengndungi asid lemak yang baik tetapi setiap 100g kacang terkandung 77g lemak.dahsyat kan kawan2!untuk menurunkan berat badan kita patut pilih gajus dan kacang peas. ok yg ni take note!xmau mkn kacang2 lg.huh!patut lah muka berjerawat dan berminyak!insaf disitu!
    *sumber dr abg google ensem
  2.  mentega kacang                                                                                                                       mesti ramai kan yg pepagi makan suka letak2 mentega kacang nih dekat roti kan???so untuk pengetahuan korang terdapat 5og lemak di dalam 100g mentega kacang.sila had kan pengambilan ia ok. saranan 4 sudu kecil seminggu!
    *sumber dr abg google ensem
  3.  cheese                                                                                                                                          setel yg kedua, kita teruskan yang ketiga, yang ni memang menjadi favorite sya dan semestinya korang2 kan!jom eja sama2  C-H-E-E-S-E! ha korang suka kaaaan2??hehehe!klau kita makan ia dlm100g ,lemak yg terkandung adalah 33g. banyak mana pon lemak favorite is favorite!bhahaha!ok fullstop!korang setuju ke idok??
    *sumber dr abg google ensem
  4. daging merah                                                                                                                             penat la pulak menaip ni!mcm menjawap untuk spm pulak!xpe2 dapat pahala klau share benda berfaedah ni. next, yg keempat, daging merah hoii!daging merah ye korang2. 100g daging merah ni =31g lemak..time raya haji aritu mmg banyak lah ai mkan..huhu!peratus lemak dalam daging adalah sederhana tinggi so xjd masalah untuk makn ia tetapi yg menjadi permasalahannye ialah kita meletakkan ia dalam jmlah yang bnyak di setiap menu kita. dan elakkan yg ada lemak2 .sosej dan salami perlu di elakkan ye korang2.         
    *sumber dr abg google ensem
     
  5.  krimer kopi mengandungi 50g lemak jika kita menggunakan 100g krimer. saranan gunakan susu rendah lemak ataupun susu tepung ye!             
    *sumber dr abg google ensem
                 
  6.  avakado                                                                                                                              mempunyai lemak mono tidak tepu yang baik untuk menurunkan berat badan 100g=17g lemak. avakado ni mmg baik ye kawan2 akan tetapi jika diamalkan mkn ia dengan berlebihan ia akan meningkatkan berat badan kita!so berhati2 ea.             
    *sumber dr abg google ensem
  7.  pai dan pastri                                                                                                                           alangkah syoknye kan klau dapat makn pai ayam petang2 lagi2 minum pulak kopi yang berkrim. oh alangkah indahnye dunia ku..huhuhu.. AWAS korang setiap 100 g pai ayam mengndungi 23g lemak.cuba korang bayangkan pai 23g lemak pastu campur plak dengn kopi yg berkrim tu 50g lemak, so bnyak x lemaknye???korang kiralah sendiri sbb sya da muak dengan nombor2 ni huahua..saranan makanlah bijirin penuh and gandum.  
    *sumber dr abg google ensem
  8.  kerepek kentang                                                                                                                           ha! sape suka sngat mkn cekedis2 tu??angkat kaki!jngn xngaku pulak ea..setiap 100g mengandungi 35g lemak..mesti ramai kan yg suka mkn ia lebih2 lg time taip menaip ni mmg asyik!stop mkn ia dan kita gantikan dgn pop corn sbb pop corn ni paling baik untuk snek!tapi jngn mkn yg ada caramel tu ye kengkawan!       
    *sumber dr abg google ensem
  9.  mayonis                                                                                                                                     mayonis ye kwan2! memang sedap lah klau makan sandwish yg di campurkan mayonis kan2???sila abaikan ia ye korang sebab mayonis 100g=79g lemak. mak aiiiihhh banyak tu padan lah makan sedap je smpai jilat jari! hindarkan ia dicampur dgn sandwish tuna dan ayam. tapi tak syok lah!                       
    *sumber dr abg google ensem
  10.  makanan goreng yg di goreng dengan minyak yg banyak..                                                        ambooiiih pnjang sugguh!ok contohnye donat..setiap 100g=22g lemak. makanan yg di goreng dengan minyak yg banyak adalah tidak elok kengkwn, ingt tu!lagi2 minyak yg telah diguna bnyak kali. saranan pilihlah cara lain selain menggoreng seperti panggang,gril,dan kukus. mcm iklan masterchef la pulak!hohoho.           
    *sumber dr abg google ensem
habis sudah sekian terima kasih. info ni sesuai untuk si gemuk mcm sya ni!
psssstt sama2 lah kita saling mengingati!







Isnin, 28 Oktober 2013

variety show yg besh!

hi korang! hari ni sya nk cite pasal variety show.mmg belambak variety show skrg ni kan tp yg betol2 menambat hati sya, yg slalu sya tgk dan  yg paling sya suka ialah running man!mmg tiap2 minggu akan tnggu episod baru..sya slalu tgk n download dkt kshowonline.com je. msti korang2 pon ada yg suka tgk running man kan2???share la dgn sya website2 yg slalu korang guna tu eh.please!
yg membuatkan running man ni kelakar semestinya lah ragam2 ahli2nye yg berbagai kan. korang setuju x dngn sya??dalam2 running man tu ahli mana yg korang suka???share2 la eh..bg sya plak sya suka si cute peaceful gary sebab dia mmg tersangat2 cool, humble, funny n dia ada 'charming personality' even ahli2 len suka ckp yg dia tu hodoh but to me dia mmg rock ah.oh lg satu yg sya suka sngt dia mmg xpandai menipu kan2???.hehehe itu bg sya la korang plak mcm mana??cercite!



Ahad, 27 Oktober 2013

gara2 abg pizza!

hi korang!mlm ni nk cite pasal pizza lah. aritu ada la buat pizza ni sbb adik yg bongsu beria2 nk mkn pizza . nk di jadikan cerita, ada la abg pengantar pizza lalu dkt tman perumahan sya  ni, my sister ngan kwan dia siap tnggu tgh jalan konon2 lah nk tnggu abg pengantar pizza tu.sanggup plak tu tnggu!maklumlah setiap ari lalu dpn umah, budak2 ni terliurlah!mmg kelakarlah sebab time tu jgk lah si abg pizza tu x nk lalu pon dpn rmah sya tp ikut jln lain..pastu my sister  kjap2 ckp kat abah nk pizza..abah nk pizza..smpai la dia tetido.so esoknye my abah pegi bli barang2 nk wat pizza tu ,last2 budak2 tu bukannye makan sngt pon pizza tu tp isi yg dkt pizza 2 je yg di mknnye mmg mmbazir. lg la ngn bwg ngn tomato tu siap di buang merata2..nasib kau lah bwg!nasib ada abg2 n kakak2 yg tolong perabihkan..so kat sni sya nk kongsi la resepinye.resepi ni dr kwn sya..mmg sngt2 mudah nk membuatnye.





BAHAN-BAHAN DOH PIZZA

500gm tepung gandum
10 sb  minyak masak
300 ml air
4sk tepung jagung
2 sk baking powder
1 sk garam halus
1 paket yis mauripan(11gm)

CARA-CARA
 
1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam, gaul rata 
2.Kuak-kuakkan tepung, buat lubang di tengahnya, masukkan minyak di ikuti dengan air, n yis gaul rata kemudian uli, biarkan seketika, canai agak-agak nipis lepas itu cucuk dengan garpu, letak doh dalam dulang pembakar, sapukan pizza sauce kemudian tabur dengan apa-apa topping yang disukai
3.Bakar pada suhu 180C, masukkan dulang pembakar dalam oven ditingkat No.1 dari bawah. Bakar selama 15 -30 minit bergantung pada ketebalan.
4.Untuk bahagian topping(ikut selera masing2)sya  letak sosej,crab,bwg yg hijau tu,tomato,cheese,lada benggala n daging kisar yg di tumis kari.

 senang kan2???so try lah gerenti menjilat jari! ok kat sini ada gambar ckit untk tatapan korang



 

peluang kerjaya bg penganggur mcm sya!

mesti ramai yg menganggur skrg kan???same goes to me..sy dah dkt 1 taun menganggur dah mcm2 krja dah apply tp xdpt2..mybe xde rezeki lg kot. anyway aja aja fighting! sya doakan semua penanam anggur akan dpt pkrjaan nnt.!.smoga anggur andaa berbuah ye!doakan sya skali ye!

sya ada search dkt internet td so ada la jmpa satu offer yg besh!tp kan mmg jaaaauh la dkt kdah nuuuun sanaaaa..td try ajak bff join try apply tp kan dia da kawen so mmg xdpt laaaa..jauh sngt katanyeee...so ape kata kta si penanam anggur ni try apply rmai2..joooom! sila layari laman web ni eh www.lmm.gov.my


ha ni sya dah copy kan bleh tgk kat bwh ni ,

Iklan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah Maktab Mahmud

( PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG )

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah ini di Lembaga Maktab Mahmud.


JAWATAN                  : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH
  ( Bidang Bahasa Arab )
( Bidang Pendidikan Islam )
( Bidang Bahasa Dan Kemanusian )
( Bidang Sains Dan Matematik )
( Bidang Bahasa Inggeris )
                                               
KLASIFIKASI             : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
TARAF JAWATAN     : SANDARAN
GRED ELAUN              : DC41
JADUAL  ELAUN       : P1 Minimum RM 1806.24 – P1 Maksimum RM 3560.08
BULANAN


1.            Syarat Lantikan Bagi Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah

Calon – calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a)      Warganegara Malaysia ;

b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

c)             (i)  Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 2149.03 ); atau

(ii)     Ijazah sarjana muda am yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
( Elaun Permulaan ialah pada Gred DC41 RM 1944.62 ); atau

(iii)   Ijazah sarjana muda luar negara perlu mendapat pengiktirafan JPA;

d)     Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



CARA MEMOHON     :

a)                  Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Laman Web berikut http://www.lmm.gov.my mulai 27 Oktober 2013 berserta Wang Pos bernilai RM 5.00 dibayar atas nama ‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’ .

b)                 Sila catatkan dengan lengkap nama jawatan serta bidang yang hendak dipohon di dalam ruangan borang permohonan yang disediakan.

c)                  Permohonan berikut akan ditolak :

i)                   Dokumen yang diperlukan tidak lengkap ;

ii)                 Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iii)               Tidak disertakan Wang Pos bernilai RM 5.00 bagi setiap satu borang permohonan.

Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud,
Persiaran Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
( u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

Tarikh Tutup Permohonan                : 07 November 2013

Catatan Am :

i)                   Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

ii)                 Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

sila  doakan sya ye! sbb sya mmg dr kecik lg mnt nk jd ckgu ni tp xde pluang je!