shahida rahim blog: Julai 2014

Sabtu, 26 Julai 2014

CPUV muncul lagi!



wah CPUV muncul lagi..alhamdulillah CPUV tak pernah tak muncul dekat blog ida ni..tq nuffnang!

  • Umobile prepaid free meal - topup RM30@RM50 dekat 7E terpilih untuk mendapatkan Revive Isotonic Original 500ml dan Mamee Express Cup Curry Flavour secara percuma!



nak tahu lebih lanjut klik SINI


  • waku doki campaign


  • mayfair body line - free slimming treatment. nak try klik SINI



  • invest smart campaign - nak tahu lebih lanjut klik SINI







p/s tolong klik2 iklan yang sedang menari2 dekat blog ida ye ^_^



Khamis, 24 Julai 2014

resepi semperit susu ber"peanut butter"



semperit susu ber"peanut butter" ni ida buat semalam..comel tak semperit kita???hihi..biskut ni ida upgrade sikit dari semperit susu biasa..upgrade apanya??ida ada tambah peanut butter kat dalam adunan semperit susu tadi..waaah memang terangkat lah..seriously sedap!tak percaya??jom la buat baru tahu sedap ke tidak..

resepi semperit susu ber"peanut butter"


Bahan-bahan
  • 250gm buttercup
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 460gm tepung jagung (ayak dahulu)
  • 3 sudu besar peanut butter
  • pewarna merah@warna kesukaan anda
  • ceri/choc chip untuk hiasan

Cara-cara 

  1. pukul butter & susu hingga sebati. jangan terlalu lama nanti mengembang pula
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, dan gaul dengan rata.
  3. bahagikan doh kepada dua adunan, 1 adunan letak pewarna kegemaran anda.
  4. cantumkan kedua2 adunan dan tekan dengan acuan dan hias samada dengan ceri atau chocolate chip.
  5. bakar pada suhu 150 darjah selama 12-15 minit.
senang sangat je resepinya..jom la cuba try test! ida dapat 2 bekas kot..memang berbaloi buat sendiri ni..


p/s malam ni misi membuat biskut lagi tapi buntu nak buat biskut apa..hehe..nak buat biskut sarang semut kot..nanti ida share kat sini lagi ye..




Rabu, 23 Julai 2014

resepi red velvet cookies

raya dah xlama dah weii..sedih ramadhan bakal berakhir..korang2 dah siap ke semua persiapan untuk raya??baju raya dah beli??biskut raya tunjuk2 ke buat sendiri??hihi..ida buat sendiri je biskut raya..baru 4 jenis biskut raya ida buat..huhu buntu tak tahu nak buat biskut apa lagi..korang share2 la resepi biskut apa yang sedap!

semalam ada buat red velvet cookies. 1st time buat nasib baik menjadi!alhamdulillah dapat la satu balang setengah..tu pon dah banyak adik2 makan..haishh belom raya dah makan biskut raya..



ni resepinya..senang je nak buatnya..resepi ida ambik dekat google dan dah diubah mengikut kesesuaian bahan2 yang ada..


Resepi Red Velvet Cookies


Bahan-bahan(300 biji)

A

400 gm mentega

200 gm gula kastor

20 gm pewarna merah

10 gm mocca emulco

1/4 sdk garam


B

2 biji telur A


C

475 gm tepung gandum

2 sdk serbuk penaik

2 sdk serbuk soda

50 gm tepung susu

200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm almond - dicincang kasar dan bakar 5 minit

200 gm dark coklat cip


Cara-caranya:-


  1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
  2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.
  4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

p/s selamat mencuba ye!

Ahad, 20 Julai 2014

keyword #8

 dah lama sangat ida tak update keyword kan?oleh kerana dah lama tak berupdate keyword nya so harini tetiba terajin pulak nak update..


macam biasalah penangan korean drama doctor stranger menjadi pencarian utama di blog ida ni..hihi..
ok ni link ke entry doctor stranger klik SINI

selain daripada tu korean drama You're surrounded dan bigman pon menjadi salah satu pencarian popular dekat blog ni. untuk memudahkan ni link you're surrounded klik SINI. walaupon drama ni dah habis pon ceritanya tapi still ada yang mencari lagi..hihi..untuk Bigman klik SINI.

hotel king pon sama juga tak pernah takde orang search..Klik SINI ye..

ha ni pulak testimoni clinicell dari ida sendiri klik SINI. alhamdulillah time consume clinicell ni memang best muka licin je pastu ida turun 4 kg kot!bila la nak ada peluang consume clinicell ni lagi..
untuk mendapatkan produk ni anda boleh hubungi/layari

keyword yang lain2 gambar seo kang joon, foto wanita indonesia, marriange without dating




Sabtu, 19 Julai 2014

shopping at ZALORA


jom shopping dekat ZALORA!masih tak terlambat lagi nak shopping on9!ZALORA merupakan sebuah syarikat peruncitan fesyen dalam talian, yang beroperasi di seluruh Tenggara dan Timur Asia: 

MALAYSIA - SINGAPURA - Indonesia - VIETNAM - HONG KONG - BRUNEI

ZALORA merupakan one stop destination untuk fesyen dan kasut , ZALORA menawarkan pelbagai produk di dalam kategori lain, memenuhi cita rasa individu dan gaya. Produk diterima daripada kedua-dua tempatan dan pereka antarabangsa 

ZALORA MALAYSIA adalah sebuah pemimpin pasaran dalam sektor fesyen runcit dalam talian di negara ini, jadi anda tidak perlu gusar untuk membeli di ZALORA kerana ternyata ZALORA amat popular di kalangan pembeli-pembeli di MALAYSIA - SINGAPURA - Indonesia - VIETNAM - HONG KONG - BRUNEI. 

bukan sahaja footwear yang ada dekat ZALORA ni tapi macam-macam lagi seperti traditional wears, bags, fashion wears, accessories,  makeups dan berbagai lagi.

jom shopping sekarang!dekat sini ada voucher untuk anda code ZBAPSbQ. nak shopping guna voucher ni tau!


p/s jom usha ZALORA 

code ZBAPSbQ


Khamis, 17 Julai 2014

resepi chicken chop with butter rice


assalamu'alaikum..ada bloggers yang request resepi chicken chop with butter rice so harini ida nak bagi resepinya..so simple je..jom salin resepinya..


resepi chicken chop


ayam bahagian dada - potong butterfly -  ikut suka pon takpe
garam
tepung goreng ayam - ida guna brand adabi yang spicy tak pon boleh letak tepung jagung dan tepung beras
telor
bread crumbs
minyak
cara-cara
perapkan ayam dengan garam + tepung goreng ayam dalam 15 minit
celop ayam dengan telor dan selaputi ayam dengan bread crumbs dan goreng - deep fry

resepi sos black paper


2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum sebiji bawang besar(potong dadu) sebiji tomato (potong dadu) seketul kiub ayam 2 cawan air sedikit kicap pekat sedikit sos cili/sos tomato garam dan gula secukup rasa 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera * tepung jagung(standby)



cara-cara

cairkan butter dengan api kecil. apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. masukkan kiub ayam dan kacau. masukkan air tadi dan kacau. tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). kacau hingga sebati. tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.  masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. kacau hingga menggelegak. jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat, apabila sejuk sos akan lebih likat.


resepi butter rice


beras
air
halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih - di hiris
2 sudu butter/mentega
garam
daun pandan

cara-cara

basuh beras dan masak macam biasa
tumis halia+bawang merah/bawang besar+bawang putih yang dihiris dengan mentega/butter
masukkan tumisan bawang dan garam dalam beras tadi dan kacau
masukkan daun pandan
*caranya sama dengan masak nasi untuk nasi ayam

resepi kentang wedges


4biji kentang
garam
tepung goreng ayam
bread crumbs
telor

cara-cara


kentang potongkan baji/wedges
perapkan garam dan tepung goreng ayam
celop kentang dengan telor dan selaputi kentang dengan bread crumbs dan goreng 


resepi coslow


setengah biji kobis
carrot
*sos salad/mayonis
*garam
*gula
*cuka
*susu tepung*ida tak letak sebab adik2 tak suka

cara

parut/hiris halus kobis dan carrot
dah siap masukkan dalam bekas tambah yang bertanda * diatas dan kacau rata
letak dalam peti ais 


senang je kan??jom cuba buat untuk buka puasa harini!




Rabu, 16 Julai 2014

menu berbuka : chicken chop with butter rice





menu berbuka tadi..tetiba nak makan chicken chop..tu yang merajinkan diri buat sendiri tu..kalau nak beli macam tak berbaloi je dengan ahli keluarga yang ramai ni..so kena buat sendiri baru la best!korang pulak berbuka dengan apa? ?

simple je pon chicken chop with butter rice yang ida buat ni..hihi ala kadar je asalkan kenyang..ada potato wedges, tomato dan coslow je tu pon adik2 makan bertambah. sos nya ida buat sos black pepper..hihi..alhamdulillah kenyang.

jom la try buat memang senang sangat la..


p/s kalau nak resepi request tau nanti ida buat entry lain..



Ahad, 13 Julai 2014

High School: Love On (korean drama)

High School: Love On

sinopsis

Bolehkah malaikat penjaga  hidup seperti remaja biasa dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah tinggi? Lee Seul Bi (Kim Sae Ron) adalah malaikat yang dihantar ke Bumi untuk menjaga Shin Woo Hyun (Nam Woo Hyun), yang tinggal dengan neneknya dan shin woo hyun terluka kerana dibuang oleh ibu bapanya. Walaupun sikapnya dingin, Woo Hyun sangat popular di sekolah kerana ketampanannya dan pandai menyanyi. Apabila rakan baiknya, Hwang Sung yeol (Lee Seong yeol), mendapati rahsia yang mengikat Shin Woo Hyun dan Lee Seul Bi bersama-sama dan dia juga mempunyai perasaan untuk Seul Bi, yang menyamar sebagai seorang pelajar  di sekolah mereka, teman karib telah menjadi pesaing. Bolehkah Seul Bi hidup bersama cinta pertamanya dan menghadapi pelbagai cabaran??? dan bolehkah seul bi melindungi Woo Hyun??saksikan dalam drama High School: Love On 



Main Cast:



Nam Woo Hyun as Shin Woo Hyun (18)
Kim Sae Ron as Lee Seul Bi

Lee Sung Yeol as Hwang Sung Yul (18)

 peminat infinite ada tak????yang minat mesti tahu kan sape yg berlakon drama ni..hihi
p/s jom tengok!

Sabtu, 12 Julai 2014

jom shopping ZALORA!


jooom shopping!ada tak yang belom shopping baju raya lagi???ada tak yang busy sampai tak sempat lagi nak shopping???ada tak??tak pun ada tak yang malas nak keluar shopping sebab kena berasak2 ramai2??hihi mesti ada kan??so kalau korang nak senang jom lah serbu ZALORA ni!dekat ZALORA ada macam-macam tau dari atas hinggalah ke bawah cukup complete..tunggu korang pilih je..huhu ida pon belom lagi ber shopping raya ni..tengah usha nak shop online je..shop dekat zalora pon best jugak ni!baju kurang lawa-lawa la. kalau pakai pasti gojes!


ZALORA tengah offer sekarang ni tau..semua murah-murah je..free shipping pulak tu..sapa yang tak nak kan...ida tengah usha baju-baju kurung..dah rambang mata ni..semua cantik-cantik..tengok-tengok harga mak aiii murah nya..ada baju kurung yang ber harga RM48 tau!waaah teruja ni..bukan brand calang-calang pulak tu..jenama first lady kot!

 

so tunggu apa lagi jom lah shopping!huhu..kalau nak shop on9 kena cepat-cepat tau nanti kang barang sampai lambat pulak. kang tak ber baju raya pula nanti. 

 

antara baju kurung yang ada dekat ZALORA ni..sure rambang mata wehh..













*gambar dari ZALORA

cantik-cantik kan????ida pon dah pening nak pilih yang mana satu..korang yang mana belom shopping raya lagi tu jom lah shop dekat ZALORA ni..ha ni peluang untuk korang-korang yang baru 1st time nak membeli dekat ZALORA ni..ida ada voucher code untuk korang! paling kurang boleh cut harga dalam RM20 lebih kalau guna voucher ni..hihi

 CODE VOUCHER ZBAPSbQ

tunggu apa lagi jooom lah shopping dekat ZALORA!



Khamis, 10 Julai 2014

CPUV lagi la


CPUV ongoing lagi. bersyukur sangat-sangat so sekarang ni tengah ongoing 6 CPUV la..hihihi
alhamdulillah..tolong klik2 ye kawan2..

  1. kastam malaysia
  2. tesco delivery lab
 ida malas nak print screen bagai..hehe

just want to say...


 *gambar sumber google


Rabu, 9 Julai 2014

stress..jom atasinya!




stress..jom atasinya!



jangan biarkan diri kita selalu dibelengu stress/tekanan yang berpanjangan. siapa yang yang tak nak hidup tanpa stress kan???dekat sini ida nak kongsi beberapa cara  yang boleh hilangkan stress dengan cepat.so kita boleh hidup tenang,bahagia,dan sihat.


  1. berjalan kaki - nikmati udara yang segar dengan berjalan kaki. di syorkan berjalan pada waktu awal pagi kerana pada waktu itu tiada asap-asap dari kenderaan bermotor. so dengan sendirinya tekanan hilang dengan menghirupnya udara yang nyaman dan segar

  2. membaca - cari buku bacaan kegemaran anda. atau membaca buku-buku yang berunsurkan komedi, ataupon habiskan waktu anda dengan menghabiskan masa di kedai-kedai buku. dengan membaca, tekanan/stress hilang kerana perasaan kita sudah teralih kepada buku

  3. lagu penenang jiwa - muzik menjadi ubat penenang di saat anda menghadapi stress. belilah cd yang di khaskan untuk menenangkan jiwa. seperti muzik dari piano ataupon biola. ini kerana alunan muzik tersebut boleh menenangkan hati,jiwa,dan perasaan.

  4. tidur - disarankan tidur 7-8 jam setiap malam dapat ,menghilangkan stress yang melanda diri anda. jika nak tidur dengan lena dan tenang cubalah mendengar lagu-lagu mendamaikan sebelum anda tidur

  5. mainan - anda boleh mencuba pelbagai jenis permainan kegemaran anda. seperti bola, dam ular, saidina, dan sebagainya.dengan bermain permainan itu, boleh menghilangkan stress yang melanda.di syorkan bermain dengan family atau teman rapat barulah tekanan lenyap dan anda dapat menikmati masa bersama tersayang

  6. bermain dengan anak atau kanak-kanak - tidak ada cara yang lebih menyeronokkan dari bermain dengan anak atau kanak-kanak.selain dapat membantu anda mengimbas zaman kanak-kanak anda, anda juga dapat merasa kembali menjadi anak-anak dan seterusnya melupakan tanggung jawap dan masalah yang dihadapi. so tekanan diatasi

 p/s ida kalau stress suka dengar lagu takpun makan coklat..korang pulak macam mana???jom kongsi-kongsi dengan ida ^_^




Isnin, 7 Julai 2014

Segmen Blogwalking by Eiqa Almond

http://eiqaalmond.blogspot.com/2014/07/segmen-blogwalking-by-eiqa-almond.html
 
 
HADIAH ( perserta yang bertuah ) :
Kimono Cardigan ( labuh )  x  1 peserta yang bertuah
Topup RM5  x  2 peserta yang bertuah
TARIKH TAMAT : 24 Julai 2014

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih


As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




fated to love you

fated to love you



drama korean terbaru fated to love you menggantikan drama A new leaf. drama ini adalah remake kepada drama  taiwan yang popular pada tahun 2008 dengan tajuk drama yang sama. baru airing 2 episod daripada 20 episod. ida tengok dekat dramafire.com. kalau korang nak tengok yang taiwan punye pon ada dekat dramafire.com tu.ida tak nak tengok lagi yang taiwan takut nanti dah spoil tak best la kan. dah habis tengok yang korean version baru tengok yang Taiwanese version pulak.tapi kalau korang nak tengok jugak klik sini korean dan sini taiwan

fated to love you Korean version

sinopsis


 minum alcohol terlalu banyak boleh mengubah segala-galanya. Lee Gun (Jang Hyuk) adalah pengganti/waris kepada sebuah syarikat besar yang dikendalikan oleh keluarganya. Kim Mi Young (Jang Na Ra) adalah Setiausaha yang mempunyai rupa paras yang biasa/plain bekerja di sebuah firma guaman dikenali sebagai "Post-It" girl kerana ketidak mampuannya untuk mengatakan tidak kepada rakan-rakannya yang memberi pelbagai kerja kepadanya personal ataupon pejabat. Apabila kedua-duanya melintasi  satu malam selepas  terlalu banyak minum, mereka akhirnya bermalam bersama/one night stand. selepas itu mereka bersetuju untuk melupakan perkara yang terjadi dan membawa haluan masing-masing. dan bila Mi Young mendapati dirinya hamil, apa yang akan terjadi kepada mereka berdua?? Dan apa akan  Nam Se Ra (Wang Ji Won) dan Daniel (Choi Jin Hyuk) lakukan??? ataupon mereka berdua hanya berdiam diri dan membiarkan Gun dan Mi Young menangani masalah ini dengan cara mereka sendiri?saksikan dalam drama fated to love you!

 Main Cast:


Jang Hyuk as Lee Gun

Jang Na Ra as Kim Mi Young

Choi Jin Hyuk as Daniel

Wang Ji Won as Kang Se Ra


*gambar sumber dari google

p/s jom tengok best tau!bleh letak dalam list jugak :)

 

Ahad, 6 Julai 2014

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014


http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/07/segmen-cik-akak-mencari-bloglist-julai.html

jom sertai cik akak dalam pencarian bloglist untuk julai 2014!
 
 tamat 11 Julai 2014

Ramadhan Giveaway By Miss Cadburry


http://allisfarhanah.blogspot.com/2014/07/ramadhan-giveaway-by-miss-cadburry.html

Klik SINI untuk join

Hadiah :

First place [ random ]
Novel RM50x2

Second place [ random ]
Novelx1

Random.org
Novelx2++

Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'

 
 http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ramadan-giveaway-by-welovesusuibu.html
 
 jom join ramai2..nak join klik banner atas!


 Hadiah
 
1-Tempat Pertama: Voucher Tunai Zalora RM150
2-Tempat Kedua: Duit Raya RM40
3-Tempat Ketiga: Duit Raya RM20
 
tamat  18 Julai 2014
 
 

Mini Giveaway Blog HT


http://herba-tihara.blogspot.com/2014/06/mini-giveaway-blog-ht.html

sabun pilihan manggis


Hadiah pertama: Sabun buah yang dipilih untuk seorang pemenang
Hadiah kedua: Blog Review

Tarikh tutup: 7.7.2014

Give Away Contest by Izzlegacy Boutique!!

http://www.myfizwan.com/2014/06/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

Jom ramai-ramai sertai "Give Away Contest by Izzlegacy Boutique". Original entry boleh klik pada link ini: http://www.myfizwan.com/2014/06/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html
Butik Izzlegacy terletak di The Atmosphere, Seri Kembangan. Ia merupakan sebuah vendor butik dengan produk utamanya adalah baju kebaya nyonya dan lain-lain jenis kebaya. Anda boleh dapatkan kebaya nyonya yang cantik-cantik dengan design, motif dan warna yang menarik kerana Izzlegacy mempunyai lebih kurang 600 design baju kebaya nyonya diatas brand Izzkebaya. Ramai yang telah membeli kebaya nyonya Izzlegacy (Izzkebaya) dan sangat berpuas hati dengan sulaman kebaya yang halus dan jahitan yang kemas. Pelbagai jenis kelengkapan kebaya ada dijual di butik Izzlegacy seperti kain pareo, kain batik kembang payung, kain batik selisih, kain songket dan pelbagai jenis kerongsang kebaya. Selain dari baju kebaya nyonya, anda boleh dapatkan pelbagai jenis produk yang lain seperti jubah muslimah, baju kurung moden, baju kurung cotton, candy dress, flat shoe, blouse, tudung bawal, aneka shawls, baju kurung kanak-kanak, dress kanak-kanak, kebaya kanak-kanak, aneka jenis biskut dan banyak lagi produk dibawah satu bumbung. Untuk melihat produk-produk di Izzlegacy Boutique, korang boleh layari laman web rasmi Izzlegacy Boutique dengan klik pada link berikut: http://www.izzlegacy.com.

 mengapa saya perlu shopping baju raya di Izzlegacy Boutique????
  1. ida tak pernah lagi shopping baju kebaya. tak pernah pakai pon baju kebaya. tengok macam cantik tapi tak berani nak pakai lagi. so kalau ida dapat baju kebaya dari Izzlegacy Boutique ni boleh lah ida beraya sakan di hari raya nanti.
  2. Izzlegacy Boutique merupakan satu online shop yang serba lengkap dengan pelbagai jenis pakaian,tudung/shawl, biskut,kasut,pakaian kanak-kanak dan banyak lagi.so kalau nak shop memang berbaloi just perlu tengok dan pilih mana yang berkenan di satu tempat sahaja.
  3. sangat terpikat dengan baju kebaya dari  Izzlegacy Boutique kerana design nya yang sangat cantik dan terdapat bernacam-macam design yang boleh kita pilih.lebih-lebih lagi tang sulamannya memang perfect!
  4. baru tahu yang baju kebaya boleh digayakan dengan berbagai cara. memang terpikat habislah dengan baju kebaya dari Izzlegacy Boutique ni!harap-harap dapatlah beraya dengan baju kebaya tahun ni..hihihi
baju fesyen apa yang saya nak pakai time raya tahun ni??

sudah semestinya baju kebaya. fall in love with baju kebaya!

 tag

  1.  http://iolacaviarofficial.blogspot.com/
  2.  kaktusoren.blogspot.com
  3.  http://www.ladyainaa.com/
  4.  http://www.ayuinsyirah.my/
  5.  http://www.kisahsidairy.com/
  6.  http://aisyahambris.blogspot.com
  7.  http://sallyyatiey.blogspot.com/

 hadiah

Pemenang pertama : Satu set baju kebaya (baju+kain) yang bernilai RM160.
Pemenang kedua: Sehelai baju kurung/dress yang bernilai antara RM80 - RM100.
Pemenang ketiga: Sehelai Shawl/Tudung bawal yang bernilai antara RM40 - RM60


tamat 15 julai 14








 

Sabtu, 5 Julai 2014

Marriage Without Dating


ada drama baru lah..tajuknya Marriage Without Dating. memang best kot drama ni walaupon baru episod pertama.ingatkan tak best drama ni..ida sebenarnya tengok drama ni sebab ada jin woon si cute Smiling Eyes  je tapi tengok2 memang bestlah!hihi.tak sabar nak tengok next episod..jom baca sinopsis nya pulak.nak tengok drama ni???jom ke dramafire.com sekarang!



sinopsis

drama ini juga dikenali sebagai "Marriage, Not Dating."

merupakan drama bergenre komedi romantis menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak mahu berkahwin dan seorang wanita yang tidak mempunyai nasib yang baik dalam perkara berkaitan dengan perkahwinan.

Gong Ki Tae adalah  pemuda yang berjaya, tertekan dengan keluarganya yang  sering didesak  untuk berkahwin. Beliau kemudiannya dengan tidak sengaja  membuat rancangan untuk memperkenalkan Joo Jang Mi, kerana berfikiran bahawa keluarganya tidak akan menerima
Joo Jang Mi sebagai menantu mereka dan akhirnya tidak akan mendesak beliau berkahwin lagi.


Main Cast:



Yun Woo Jin as Gong Ki Tae (33)

Han Groo as Joo Jang Mi (29)

Jung Jin Woon as Han Yeo Reum (28)
Han Sun Hwa as Kang Se Ah (33)



p/s korang pon tengok jugak tau..masukkan dalam list..hihi
*gambar sumber google

Jumaat, 4 Julai 2014

CPUV lagi




ada 4 CPUV tengah ongoing sekarang ni..
  1. invest smart campaign
  2. stadium astro world cup
  3. ikea
  4. S&P food 
kalau korang rajin tolong klik2 dekat iklan tu ye..nanti dah klik inform dekat chatbox nanti ida klik iklan korang balik ye..bantu ida dapat earning ye..hihi..ida tak pernah cash out lagi ni..



Khamis, 3 Julai 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

 
Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

Ramadhan sudah tiba!walaupun baru 5 hari ummat islam berpuasa, tetapi berbagai gelagat  yang kita dapat lihat. pelbagai jenis juadah berbuka puasa juga turut di kongsikan di laman-laman sosial. tak lupa juga amalan-amalan sunat seperti bersedekah juga di amalkan. bulan puasa adalah bulan rezeki. betapa indahnya Ramadhan.suasana berbuka puasa yang paling meriah semestinya berbuka puasa bersama-sama keluarga tercinta.ya semestinya. jadi, untuk itu, ombak creative telah menyediakan Buffet Ramadhan Casa Ombak kepada mana-mana ummat islam yang ingin berbuka puasa bersama kelurga tercinta, jamuan syarikat, jamuan anak-anak yatim, ataupun anda ingin berbuka bersama-sama kenalan rapat anda. tempah sekarang Buffet Ramadhan Casa Ombak untuk mengalami kenangan indah berbuka puasa ala-ala taman.



Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman


latar belakang Ombak Creative

 
Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

"YOUR TRUE EXPERIENCE"

untuk pengetahuan anda ombak creative dimilik sepenuhnya oleh Ombak Creative Solution dan merupakan syarikat bumiputera. Ombak Creative adalah sebuah syarikat event di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. jadi anda tidak perlu risau kerana ombak creative sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang event ini. selain daripada Buffet Ramadhan Casa Ombak, mereka sangat berpengalaman dalam menguruskan pelbagai perkhidmatan kepada bakal pengantin dari Penjagaan diri, Persiapan perkahwinan, pelamin, hantaran perkahwinan, Catering dan Canopy, Lokasi perkahwinan dan bermacam macam lagi dibawah satu bumbung.


antara event dan perkhidmatan yang dibuat oleh ombak creative. nak tahu lebih lanjut tentang ombak creative boleh klik di SINI


Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala tamanBuffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala tamanBuffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala tamanBuffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman



Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala tamanBuffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman



*sumber gambar www.OmbakCreatives.com


promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak

 

pastinya anda teruja dengan Buffet Ramadhan Casa Ombak ini kerana Casa Ombak menawarkan harga yang berpatutan kepada sesiapa sahaja yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa ala taman di tengah-tengah bandaraya kuala lumpur. hanya di Buffet Ramadhan Casa Ombak sahaja anda mampu bergaya santai dan tenang. semestinya aneka jenis juadah berbuka puasa disediakan di Buffet Ramadhan Casa Ombak untuk memenuhi kehendak anda dan pastinya disediakan juga pelbagai jenis masakan kampung untuk anda cuba. selain itu juga, Buffet Ramadhan Casa Ombak juga menyediakan instant cook stall corner. menarik bukan?tempah sekarang untuk menikmati pelbagai juadah istimewa hanya di Buffet Ramadhan Casa Ombak. harga yang ditawarkan tersangatlah berpatutan jika hendak dibandingkan dengan buffet ramadhan di tempat-tempat lain. harga Buffet Ramadhan Casa Ombak amatlah murah dan berbaloi. senarai harga Buffet Ramadhan Casa Ombak boleh tengok dekat banner di bawah.

 

Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

senarai harga Buffet Ramadhan Casa Ombak



murahkan. tunggu apa lagi cepat-cepat tempah tempat untuk berbuka puasa nanti. tempahan boleh dibuat dengan menghubungi contact yang disediakan di bawah.


hubungi :  

 

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

 

 

Menarik di Buffet Ramadhan Casa Ombak

 

teringat kampung halaman???dah lama tak merasai masakan kampung anda??teringin nak menjamah masakan dari kampung lain??? di sinilah peluang yang patut anda grab kerana di Buffet Ramadhan Casa Ombak menyediakan pelbagai jenis masakan kampung dari timur sehinggalah ke selatan!menarik selera anda bukan???tempah sekarang!hanya di Buffet Ramadhan Casa Ombak anda boleh merasai keenakan dan kesedapan makanan kampung seperti di kampung anda!

antara gambaran yang bakal anda lewati nanti


Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

*sumber gambar www.OmbakCreatives.com

 

 anda tertarik??nak booking??jom tempah di :

 

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com



dah buat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak??tapi tidak tahu di mana lokasi Casa Ombak berada?usah gusar disini disertakan peta lokasi ke casa ombak berserta alamat.


Buffet, Ramadhan, Casa, Ombak, creative, buka, puasa, ala taman

*tempat solat turut disediakan di Buffet Ramadhan Casa Ombak untuk kemudahan  ummat islam menunaikan fardu.


Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD


 tunggu apa lagi jom booking Buffet Ramadhan Casa Ombak ramai-ramai. alamilah suasana berbuka ala-ala taman!