kesalahan dalam memilih produk wajah | shahida rahim blog

Rabu, 5 Mac 2014

kesalahan dalam memilih produk wajah




jom check kesalahan2 yang selalu kita buat bila membeli produk untuk wajah kita..pemilihan produk untuk wajah adalah penting kerana untuk menghindarkan diri dari tersalah pilih dan akhirnya mengakibatkan kesan kepada wajah kita.kulit wajah kita adalah berbeza dan terdiri daripada kulit kering,berminyak,kombinasi dan juga normal.

jom kita lihat 10 kesalahan utama dalam memilih produk perawatan wajah

  1. terlalu mempercayai iklan. wah rasanya kebanyakkan orang memang terpedaya dengan iklan2 dan janji2 manis yang ditaburkan oleh peniaga. seperti yang kita lihat sekarang, di kaca2 tv,di corong radio,dan didalam majalah dan akhbar memang terdapat begitu banyak iklan product kecantikan dan juga produk kosmetik.para peniaga sekarang ni memang bijak dalam strategy menarik para pembeli.so kita kena la pandai untuk memilih mana yang terbaik.jangan main tangkap muat je.nanti kita juga yang merana.
  2. teruja ingin mencuba produk baru tanpa tahu kesesuaiannya dengan jenis kulit. situasi ni mamang selalu terjadi.saya pon tidak menafikannya turut teruja jika rakan mengenalkan sesuatu produk baru untuk di cuba.jadi beringatlah sebelum cuba haruslah mengkaji dulu produk tersebut adakah sesuai atau tidak dengan kulit kita.
  3. memakai produk yang tidak sesuai dengan kulit. perkara ini terjadi bila mana kita tidak meneliti kandungan sesuatu produk itu. di ingatkan supaya peka terhadap barangan yang nak di beli itu sesuai ataupon tidak.
  4. tanggapan bahawa produk mahal pastilah bagus hasilnya!untuk pengetahuan korang,tidak semestinya produk mahal itu terjamin hasilnya.produk murah pon boleh kerana sesuatu produk itu bergantung kepada kesesuaian kulit individu masing2.
  5. tertarik dengan produk yang menjanjikan kesan yang cepat seperti memutihkan kulit dalam masa seminggu dan sebagainya tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
  6. suka bertukar ganti produk perawatan wajah. perkara ini pun selalu terjadi bila mana produk yang kita pakai tidak memberikan hasil seperti yang dijanjikan. mulalah kita berfikir untuk menukar produk yang lain.
  7. membeli produk tanpa konsultasi dengan pakar ataupun ahli farmasi. perkara ini selalunya terjadi. tidak ramai yang suka bertanya kepada yang pakar sebelum membelinya.
  8. terlupa bahawa kulit wajah kita adalah sensetif berbanding dengan kulit tubuh. ramai yang mementingkan kulit tubuh dari kulit muka.so jagalah kulit muka kita lebih daripada kulit tubuh.
  9. langsung tidak curiga pada produk yang dipakai walaupon kulit mengalami pedih2,menggelupas,kemerahan,gatal2 dan menganggap bahawa itu adalah kesan awal sahaja.
  10. mencampur2 kan berbagai jenis produk perawatan wajah dalam satu masa tanpa memikirkan kemungkinan kandungan dalam produk tersebut boleh memberikan tindak balas yang negatif kepada kulit wajah.

p/s: jom sama2 alert dan hindari melakukan perkara seperti di atas!

5 ulasan:

  1. No 2 dgn no 10. Ini lah yg jadi kat saya. But after jumpa doktor, alhamdulillah dah okayy. :D

    BalasPadam
  2. buat masa nih xguna lagi produk yang mencemarkan kulit muka saya . hee

    BalasPadam

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
with love shahida rahim